Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Pahang,...

Izin Rohingya Bekerja Ibarat...

KUALA LUMPUR - Bekerja mengerah kudrat di pelabuhan selama sembilan bulan tanpa gaji,...

2 Maut, 2 Parah...

ALOR SETAR - Dua maut manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang...

RCI Tidak Diperlukan Dalam...

PUTRAJAYA – Tidak ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi...

Fasa 1 Program Imunisasi Hampir Selesai

SERDANG – Kemajuan Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mencecah 99.7 peratus apabila seramai 498,468 individu yang majoritinya petugas barisan hadapan, sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ketika ini, Fasa 1 program itu hanya berbaki 1,532 suntikan untuk mencapai sasaran memvaksin sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan menjelang akhir bulan ini.

Selain itu, katanya, pemberian dos kedua pula sudah mencecah 241,758 atau meliputi 48.3 peratus daripada sasaran memastikan semua 500,000 petugas barisan hadapan menerima dos lengkap.

“Kementerian Kesihatan (KKM) yakin Fasa 1 program yang akan berakhir pada hujung April, dapat dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan atau lebih awal.

“Untuk pendaftaran penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera pula, seramai 7,625,478 sudah membuat pendaftaran, yang meliputi 31.4 peratus daripada lebih 24 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Buku COVID-19 di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di sini, hari ini.

Program imunisasi itu bermula pada 24 Februari lalu apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia menerima vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, disusuli Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Sinovac pada 18 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, KKM melakukan pemantauan kes positif dalam kalangan petugas barisan hadapan untuk mengukur keberkesanan Fasa 1 program berkenaan dan impak pemberian vaksin kepada mereka.

Jelasnya, keberkesanan optimum pemberian vaksin itu akan akan diperoleh selepas 14 hari daripada tarikh akhir semua 500,000 petugas barisan hadapan menerima dos lengkap vaksin.

“Kita ada masa untuk mengenal pasti keberkesanan program itu. Namun, setakat 1 April lalu, bilangan kes positif dalam kalangan petugas barisan hadapan KKM menunjukkan trend penurunan,” katanya.


Mengulas mengenai kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan sejak 11 Mac lalu, Dr Adham memaklumkan seramai 2,525 kompaun sudah dikeluarkan setakat ini.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 156 kompaun dikeluarkan oleh penguat kuasa KKM, manakala 2,363 lagi diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setakat ini, seramai 205 kompaun sudah dijelaskan kompaun yang meliputi 8.12 peratus daripada keseluruhan kompaun yang dikeluarkan, dan kita masih menunggu yang selebihnya.

“Kita sediakan tempat pembayaran kompaun di setiap negeri, antaranya ia boleh dibayar di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, atau kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah Kesihatan negeri.

“Yang penting, mereka yang membayar pada hari pertama hingga hari ketujuh diberikan kompaun akan diberi potongan 50 peratus, dan 25 peratus jika pada hari kelapan hingga ke-14,” katanya.

Dr Adham berkata, penerima kompaun dalam kalangan pelajar, orang kurang upaya (OKU), golongan B40 atau tidak mampu membayarnya, boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah dan ia akan dipertimbangkan. – BH Online

Kategori