Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dakwa Mahdi Di Sabah,...

PADANG RENGAS : Polis menyiasat pemilik akuan Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi...

Polis Tahan 11 Anggota...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 11 anggota sindiket dadah antarabangsa termasuk dua ketuanya...

Jenazah Mastura Yang Pertama...

Jenazah pramugari, Mastura Mustafa merupakan yang pertama akan diturunkan dari pesawat pada Majlis...

“Ayah Pesan Jangan Lemah”...

MARAN - "Ayah pesan jangan lemah atau rebah jika apa-apa berlaku ke atasnya,"...

Farmasi Selamba Buat Iklan ‘Double Meaning’

HARI kekasih (Valentine’s Day) yang disambut pada 14 Februari sememangnya mengundang pelbagai isu kontroversi khususnya buat negara yang majoriti penganutnya Muslim seperti Malaysia.

Bertambah ‘pedas’ lagi apabila sebuah farmasi tempatan baru-baru ini cuba pula mengambil kesempatan dengan mempromosikan produk keluarannya menerusi iklan di laman Facebook.

Melalui pautan gambar di laman Facebook Georgetown Pharmacy, ia memaparkan foto beberapa produk yang diberi diskaun sehingga lebih 30 peratus beserta hashtag #HappyValentinesDay17.

Walaupun mesej ingin disampaikan itu sebenarnya menggalakkan pengguna mendapatkan produk mereka, namun penggunaan frasa kata turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, sekali gus mencetuskan kontroversi.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, netizen menganggap ia memiliki ‘double meaning’ termasuk tanggapan seperti ditujukan kepada lelaki solo yang ‘kesunyian’ dan ‘terdesak’, lebih-lebih imej tisu yang jelas dipaparkan di gambar.

“Jadi, sekarang kita ada iklan yang menggalakkan orang untuk dapat melakukan onani sempena Hari Valentine?” tulis Faisal Azlan.


Pun begitu, ada juga netizen yang bersikap positif atau mungkin bertujuan mahu menyindir kedua-dua belah pihak sama ada farmasi tersebut dan pengguna media sosial sendiri.

“Iklan ini cuma galakkan lelaki jaga penampilan diri sebab semua maklum perempuan suka lelaki yang kulit lembut mulus. Tisu itu pula untuk lap lebihan losyen #cleanminds #purehearts, tulis Rudi Cheu.

Apa kata anda berkenaan isu ini? Apakah sudah semakin teruk mentaliti masyarakat kita atau ia sudah menjadi ‘trend’ strategi pemasaran pada masa kini yang gemar mengaplikasikan teknik dalam ‘double meaning’ dalam menyampaikan mesej sebenar mengenai produk mereka? – MYNEWSHUB.CC

Kategori