Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

KTMB Sedia Mulakan Operasi...

PETALING JAYA - Perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Butterworth...

PU Zaid Meninggal Dunia...

BEKAS peserta program realiti dakwah, Pencetus Ummah, Abdul Zaid Abdul atau lebih dikenali...

Isu Kedaulatan Institusi Diraja...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah membayangkan isu membabitkan kedaulatan institusi...

Remaja 13 Tahun Cedera...

SEORANG remaja perempuan cedera parah di bahagian kaki setelah diterkam dan dibaham  harimau...

FAMA Peruntuk RM1.5 Juta Untuk Program Kukuh Tahun Depan

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperuntukkan RM1.5 juta untuk disalurkan kepada usahawan tani di bawah Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Terus ke Pasar Tani (Kukuh) pada tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Datuk Nazipah Jamaludin berkata pada tahun ini kira-kira RM1 juta diagihkan kepada peserta program itu untuk membantu mereka memperkasa projek pertanian yang diusahakan dan seterusnya mengeluarkan lebih banyak hasil untuk dipasarkan.

Inisiatif projek Kukuh itu juga katanya diharap dapat menambah bilangan jumlah petani kecil di seluruh negara selaras seruan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran tahun depan.

“Pemasar kadangkala tidak cukup bekalan dan memerlukan gabungan petani kecil untuk mengkomersilkan hasil pertanian mereka. Sekurang-kurangnya satu pemasar mempunyai lima petani di belakangnya tetapi di Melaka seorang pemasar mempunyai lebih 30 petani.

“Kita juga menyasarkan jumlah peserta Kukuh yang kini lebih 300 orang di seluruh negara bertambah tahun depan sekali gus memastikan lebih banyak hasil pertanian ladang kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui outlet peruncitan FAMA,” katanya kepada pemberita di Bukit Katil di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Yoshii Agro Care, Pusat Pengumpulan Ladang Bukit Katil yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Ladang Kontrak FAMA Mohd Radzi Mohd Hanafiah dan Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hassan.

Sementara itu, Che Samudin berkata FAMA Melaka menyasarkan nilai jualan JTDL sebanyak RM100,000 tahun depan dengan aktiviti dipergiat sebulan sekali selain menambah dua lokasi baharu iaitu Alor Gajah dan Merlimau.

“Setakat November tahun ini, FAMA negeri mencatatkan nilai jualan sebanyak RM26,400 yang melibatkan lima peserta melalui 11 program yang dijalankan,” katanya menambah FAMA Melaka juga komited untuk meningkatkan hasil pertanian di JTDL selain menambah bilangan peserta dan menggiatkan promosi. – BERNAMA

Kategori