Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Transgender Dan Khunsa Jauh...

KUALA LUMPUR - Transgender dan khunsa (interseks) adalah jauh berbeza daripada sudut istilah...

Wany Tak Mahu Ibunya...

LUMRAH menjadi selebriti adalah menghadapi situasi sukar berupa gosip murahan yang sengaja diada-adakan...

Impian Pesakit Kanser Naik...

TERUJA... Itu yang dapat menggambarkan perasaan Muhammad Farhan Najmi Johari apabila diberi peluang...

Kemelut Kewangan Tidak Jejas...

KUALA LUMPUR -  Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal positif...

FAMA Melaka Catat Jualan Agrobazaar RM88,764.53

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka mencatatkan nilai jualan RM88,764.53 daripada hasil jualan produk agro makanan dan pertanian yang dipasarkan menerusi jualan dalam talian di portal www.agrobazaar.com.my sehingga Ogos lepas.

Pengarah FAMA Melaka, Che Samudin Hassan berkata sehingga kini terdapat 82 peniaga aktif dari seluruh negeri di bawah medium jualan dalam talian itu yang menawarkan sebanyak 221 produk sejak tahun 2015.

“Dalam tempoh tersebut, portal berkenaan berjaya menarik kira-kira 629 pembeli dan kita yakin medium jualan ini mampu diperluas dengan penglibatan lebih ramai peniaga dan pelbagai produk.

“Selain itu, terdapat aplikasi pembelian dalam talian atau e-dagang yang boleh dimuat turun di Apple Store dan Google Play bermula 18 Julai lepas dengan tujuh ciri-ciri menarik dalam usaha mewujudkan platform niaga yang selesa dan kondusif kepada peniaga dan pengguna,” katanya ketika berucap pada Seminar Pecutan Pemasaran Digital di Politeknik Melaka, Malim di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee dan turut dihadiri Pengurus Besar TM Melaka, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan.


Che Samudin berkata FAMA Melaka dan TM Melaka menjalin kerjasama strategik dengan politeknik tersebut dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan berciri keusahawanan.

“Kita melaksanakan inisiatif ini agar peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar diberikan pendedahan mengenai bidang keusahawanan dan saling bertukar pandangan selain meningkatkan jaringan kolaborasi rakan perniagaan secara digital.

“Meskipun mereka tiada produk tetapi mereka masih boleh menceburi bidang ini dengan memilih platform ‘dropship’ yang mana mereka akan bawa produk tersebut daripada usahawan dan memasarkannya melalui secara dalam talian agar dapat menarik pembeli sekali gus meningkatkan hasil jualan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori