Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Penganggur Dipenjara 7...

JOHOR BAHRU - Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret,...

Lagu ‘PPAP’ Masuk Carta...

AMERIKA SYARIKAT - Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ atau PPAP mungkin kedengaran aneh...

Zarith Sofia Mengaku Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas peserta program realiti Rockanova, Zarith Sofia yang menjadi kontroversi...

Pelantikan Najib Tidak Jejas...

MARANG - PAS tidak mahu mencampuri urusan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN)...

FAM Rujuk AFC Jika Wujud Ancaman Keselamatan

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan merujuk kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) jika merasakan wujudnya ancaman keselamatan ketika berdepan Korea Utara dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kita akan berhubung dengan AFC dan juga pihak kedutaan. Kalau FAM merasakan keadaan di sana tidak selamat, FAM akan berhubung dengan AFC.

“AFC yang akan tentukan. Setakat minggu lepas, segalanya masih okay. Kalau sampai ke satu tahap, AFC akan menentukan sama ada bermain di tempat berkecuali atau ditangguhkan,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Wisma Putra hari ini memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang.

Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara pada 28 Mac depan di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.


Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan. – BERNAMA

Kategori