Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

JPJ Perak Peroleh RM61,250...

TAIPING - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperoleh sejumlah RM61,250 hasil lelongan 62...

PM Mahathir Tiba Di...

LONDON - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di London ketika hampir...

Gerakan Liberal Mahu Haram...

KERAJAAN pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap liberal rupanya masih tidak cukup liberal...

Ziarah Madinah & Makkah...

TREND Instagram (IG) mencipta period baharu dalam dunia seni visual. Foto dan video...

FAM Arah Pahang Lunaskan Hutang Bekas Pemain

KUALA LUMPUR – Pasukan Pahang diarahkan melunaskan hutang sebanyak AS$30,000 kepada bekas pemainnya, Francisco Insa Bohigues.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Joehari Ayub.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2017-2021 hari ini.

“Tuntutan pemain telah diterima sebahagiannya. Kontrak pemain bersama persatuan bola Pahang telah ditamatkan secara sah oleh pemain.

“Pahang dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$30,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohd. Joehari berkata, pasukan bola sepak Pahang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM jika gagal berbuat demikian.

Bagiamanapun, kata beliau, keputusan rasmi Jawatankuasa Tatatertib FAM itu boleh dirayu oleh pasukan bola sepak Pahang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori