Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Risda Kaji Guna Alat...

BERA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) sedang mengkaji...

Gaun Dedah Belakang, Tasha...

LAMA sudah jarang melihat kelibat pelakon sensasi, Tasha Shilla menghiasi paparan skrin televisyen...

Mahathir Terkejut Pelantikan Transgender...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terkejut apabila dimaklumkan Kementerian...

JKDM Rampas Rokok Seludup...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 5,700 karton rokok...

Faktor Calon Menangkan BN, Kata Ku Li

IPOH – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam kerana parti itu berjaya memilih calon sesuai dan tepat dengan selera penduduk tempatan, kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, faktor Ramli Md Noor sebagai anak tempatan Orang Asli yang agak terkemuka di Cameron Highlands serta dirinya yang mudah didekati dan peramah dengan penduduk tempatan banyak membantu kemenangan BN.

Pada masa sama, katanya, tiada perebutan dalam kalangan pemimpin tempatan dan parti komponen BN untuk menjadi calon dan ini menyebabkan calon BN itu dapat diterima orang ramai.

“Bersyukur kita menang, sememangnya pun sebelum ini telah diberi gambaran kawasan itu dapat dimenangi BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program bual bicara bertajuk ‘Masa Depan Orang Melayu’ anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang di Royal Perak Golf Club di sini malam tadi.

BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Ramli diumum memenangi PRK itu dengan memperoleh 12,078 undi.

Ramli menang dengan majoriti 3,238 undi, menewaskan tiga lagi pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran yang memperoleh 8,800 undi serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee yang juga petani tempatan (276 undi).

Razaleigh berkata, kemenangan itu tidak boleh dijadikan pengukur kepada prestasi BN pada masa akan datang serta belum tentu mampu menjadi momentum kemenangan parti itu pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.

Bagaimanapun, katanya, gambaran diberikan ialah BN mempunyai harapan baik untuk merampas kembali kerusi DUN Semenyih kerana suasana di situ dikatakan memihak kepada parti berkenaan.

“Bukan kerana kemenangan ini (PRK Cameron Highlands)…tapi Semenyih pun ada harapan baik mengikut apa yang saya dengar khabar, saya pun belum ke sana dan dapat tahu keadaan ‘on the ground’.


“Tetapi, saya percaya pihak kerajaan yang berkuasa pun sudah tentu akan melipat ganda tenaga supaya tidak hilang kerusi ini selepas kalah di Cameron Highlands,” katanya.

Razaleigh juga tidak pasti sama ada kemenangan di Cameron Highlands akan mengukuhkan lagi hubungan UMNO dan PAS pada masa akan datang walaupun kelihatan ada kerjasama kedua-dua parti yang membantu kemenangan BN pada PRK berkenaan.

“Nampak tambahan undi kita (BN) itu ada mengatakan orang PAS sokong (undi) BN, sama ada itu ‘genuine’ (tulen) daripada segi kerjasama, itu kita tidak tahu lagi,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan peserta, Razaleigh berkata UMNO mampu bangkit semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika parti itu dapat menampilkan imej baharu dan dipimpin kumpulan baharu terdiri daripada golongan muda yang tidak memiliki kecacatan daripada aspek peribadinya.

Pada masa sama, katanya, pemimpin lama dalam parti itu yang mempunyai persepsi buruk dalam kalangan rakyat dan tidak disukai seharusnya berundur, secara tidak langsung akan mengukuh persepsi baik orang ramai terhadap UMNO dan BN. – BH Online

Kategori