Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Morais: Dr Kunaseegaran...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Pakar Patologi Hospital...

IKBN Latih 15,000 Belia...

BACHOK - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bercadang melatih 15,000 belia terdiri daripada...

Suhu Panas Berterusan Di...

NEW DELHI - Suhu panas yang melanda sebahagian besar negeri Andhra Pradesh, Telangana...

Bulan Tingkat Ketakwaan

ALHAMDULILLAH, bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk di...

Faktor Bakal PM Bantu Rafizi Dalam Pemilihan PKR?

KEMENANGAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson sekaligus meletakkannya di Parlimen dijangka menjadi faktor menguatkan sokongan pada Mohd Rafizi Ramli dalam persaingan timbalan presiden PKR.

Anwar kini hanya selangkah lagi untuk sampai ke kedudukan perdana menteri, menggantikan Mahathir yang dijanjikan sebagai perdana menteri sementara.

Kedudukan Anwar sebagai bakal PM bukan sekadar janji kosong kerana beliau kini sudah mengangkat sumpah dan menjadi ahli Parlimen Port Dickson.

Presiden PKR itu juga semakin mendapat sokongan dalam parti apabila kedudukannya sebagai pemimpin parti dan bakal PM.

Timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini terpaksa lebih berhati-hati dan meningkatkan strategi menyekat Anwar memandangkan keadaan politik selepas pilihan raya kecil Port Dickson ini.

Rafizi nampaknya memperolehi sokongan lebih banyak kesan pengaruh dan aura bakal PM, sehingga beliau memberitahu telah menang dengan agak selesa di Melaka dan Negeri Sembilan.

Keputusan pihak berkuasa pemilihan menangguhkan keputusan dua negeri terbabit menunjukkan ada yang tak kena.

Pada masa suasana politik panas tempoh pemilihan ini, keadaan sensitif mudah mencetuskan spekulasi ada yang tak kena melibatkan campur tangan tidak sepatutnya.

Persaingan dua kem Mahathir dan Anwar tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana pihak kerana tanda-tandanya sudah jelas sejak awal lagi.


Kenyataan Tun Daim Zainuddin, sikap ditunjukkan penyokong-penyokong Mahathir sudah memberikan tanda-tanda jelas.

Apabila berlaku pertembungan melibatkan dua tokoh ini, mustahil tidak berlaku komplot besar-besaran dalam PKR sendiri, kerana gerakan kumpulan masing-masing sudah jelas berlaku hingga di dalam kabinet.

Anwar masih mempunyai penyokong dan pengikut setia yang ramai dalam PKR walaupun beliau tiada selama beberapa tahun dan Azmin bermaharajalela.

Anwar juga mendapat sokongan pemimpin dari luar parti tetapi dalam linkungannya yang boleh membantu mengukuhkan kedudukannya.

Bakal PM ini telah menunjukkan yang beliau pasti akan menjadi perdana menteri, dan beliau bukan seorang sahaja yang sudah menunggu selama 20 tahun.

Maka pemilihan PKR telah sampai satu fasa baharu, suasana yang berubah sedikit sebanyak selepas Anwar masuk Parlimen, dan menjadikan faktor bakal PM salah satu penentu pemilihan. – Mynewshub.tv

Kategori