Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Yayasan Artis 1Malaysia Bantu...

KUALA LUMPUR - Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) tidak meminggirkan golongan artis veteran apabila...

Fara: Walau Ada Masalah,...

SEJAK mengeluarkan kenyataan media mengumumkan mengenai pembatalan majlis perkahwinannya, Fara Fauzana masih belum...

Manifesto BN Beri Kelebihan...

KUALA TERENGGANU - Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14)...

MOF Akan Kemuka Tuntutan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan mengemukakan tuntutan sivil terhadap Arul...

Faiz Subri Terima Pingat Daripada Sultan Kedah

ALOR SETAR – Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Feb tahun lepas.

Turut menerima pingat A.S.K ialah 31 pegawai dan pemain Kedah, antaranya Mohd Syazwan Zainol, Muhammad Shafiq Ahmad , Abdul Halim Saari, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, Ahmad Fakhri Saarani dan Mohd Rizal Ghazali.

Kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari dan Abdul Hadi Abdul Hamid pula menerima Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) manakala pemain import, Sandro Da Silva menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah Kehormat.


Sementara itu, Mohd Faiz, ketika ditemui, berkata penganugerahan pingat itu sedikit sebanyak menyuntik semangat beliau untuk terus berjaya dalam sukan bola sepak dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Saya berterima kasih ke atas Tuanku Sultan Kedah atas pingat ini dan berjanji akan terus beri fokus dalam bola sepak dan berusaha memajukan diri untuk pasukan dan negara,” katanya.

Turut hadir menemani beliau ialah, isterinya Nor Zawanis Hashim, 30, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 5, dan Mohd Aqil Zayyan, 10 bulan, dan ibunya Sadiah Ishak, 56. – BERNAMA

Kategori