Faedah Terakru Tak Boleh Lebih Tinggi Berbanding Kontrak Asal

KUALA LUMPUR – Sebarang faedah tambahan yang mungkin dikenakan oleh sesetengah bank pada pembayaran yang ditangguh tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak sewa beli asal yang ditandatangani.

Sebagai badan kawal selia, Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan hakikat bahawa ia sejak dari awal lagi menyatakan bahawa akan ada faedah atau keuntungan terakru berkaitan dengan moratorium enam bulan.

“Apa yang paling penting ialah kadar faedah tambahan yang sesetengah bank mungkin kenakan, kami jelas menyatakan bahawa ia tidak boleh lebih tinggi daripada kontrak sewa beli asal (yang ditandatangan oleh peminjam),” kata Pengarah Dasar Kewangan Pruden BNM, Cindy Siah Hooi Hoon hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Oleh itu, katanya ia tidak boleh melebihi daripada itu dan BNM telah memaklumkan institusi perbankan mengenai perkara itu.

Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM), Datin Arlina Ariff berkata, pengumuman semalam adalah untuk menyelaraskan proses dan memastikan penangguhan itu difahami dengan lebih jelas menurut Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli) dan Syariah.

“Sebagai badan kawal selia BNM perlu membuat pengumuman terlebih dahulu diikuti oleh bank-bank yang kemudiannya akan memastikan prosedur dan mengikut keperluan yang digariskan dalam Akta Sewa Beli serta keperluan Syariah,” katanya.

Ditanya mengenai mereka yang tidak membuat pembayaran pada April dan Mei dan sama ada perlu membayar balik, Arlina berkata: “Ia bergantung kepada apa yang peminjam mahu lakukan. Jika mereka mahu meneruskan dengan penangguhan mereka boleh berbuat demikian.”

“Tidak sepatutnya ada sebarang penalti,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Gabenor, Jessica Chew berkata, objektif BNM adalah bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang jelas mengenai moratorium itu dan perubahan yang berlaku susulan penangguhan tersebut.

“Ia adalah usaha bagi memastikan bank-bank lebih bersistematik tentang proses,” katanya.

Mengakui bahawa komunikasi sepatutnya dilakukan lebih jelas lagi, beliau berkata, di bawah Akta Sewa Beli mana-mana penangguhan akan memerlukan semua langkah yang dinyatakan itu.

Loading...