Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Waspada Keupayaan Alam, Elak...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti air perlu sentiasa mengambil...

Bantuan RM200 Beri Semangat...

PARIT - Pemberian bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan pertama...

Hasutan: Gerakan Merah Gesa...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat...

Suami Isteri Maut, Dua...

GOPENG: Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak parah apabila...

Fadzil Sangkal Dakwaan Fendy Sedang Nazak

TAHAP kesihatan pelakon drama Mr. Grey, Fendy Bakry masih lagi di bawah jagaan doktor dan kini menurut pengurusnya, Fadzil Zahari turut menafikan dakwaan kononnya pelakon berkenaan sedang tenat.

Baca: Tahap Kesihatan ‘Mr. Grey’ Makin Baik, Ansur Pulih

Juga: ‘Mr. Grey’ Jatuh Sakit, Balik Kampung Untuk Berubat

Fadzil memberitahu bahawa pelakon berkenaan masih lagi berada di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Malah, Fadzil turut memaklumkan dalam kenyataan media semalam bahawa Fendy tidak mengalami masalah koma ataupun tenat seperti yang didakwa oleh umum.

“Sebaliknya doktor merehatkan Fendy dari sebarang tindakan refleks seperti batuk atau bersin dengan bius untuk mengelak jangkitan penyakit lain seperti lelah sekiranya dia batuk secara semulajadi.

“Pihak keluarga amat berduka cita dengan perkembangan khabar angin dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab apatah lagi pihak yang tiada kepentingan pun terhadap perkembangan kerjayanya selama ini,” katanya ketika ditemui oleh portal Harian Metro.

Dalam masa yang sama, pihak keluarga pelakon berkenaan turut menghormati keputusan perubatan serta tidak mendahului kenyataan doktor serta pengurus rasmi Fendy.

Bagaimanapun, pelakon berusia 30 tahun itu baru sahaja menjalani rawatan susulan biasa di hospitaal berkenaan semalam dan didapati simptom batuk sahaja dikesan ketika rawatan susulan dijalankan.

Namun, hasil pemeriksaan doktor turut mendapati simptom ‘pneumonia‘ (paru-paru berair) sehingga memerlukan pelakon itu diletakkan dibawah pemerhatian pihak doktor.


“Oleh kerana simptom itu tidak dapat dirawat segera disebabkan batuk dan serangan sakit dada yang mengganggu proses rawatan pemulihan pneumonia, doktor memutuskan untuk merehatkannya dengan bius serta memasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal untuk mengelak sesak nafas berpanjangan atau mendapat serangan asma.

“Disebabkan itu juga, dia kini diletakkan pada tahap unit rawatan intensif (ICU) di hospital sama,” kata Fadzil lagi.

Pihak pengurusan hospital turut menetapkan garis panduan disebabkan ‘kehadiran luar biasa’ pelawat ke HSB disebabkan laporan memaklumkan bahawa pelakon berkenaan dirawat di hospital tersebut menyebabkan hanya pihak keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.

Hal itu bertujuan untuk memastikan privasi rehat serta urusan pasukan perubatan dapat dijalankan dengaan lancar.

Fadzil turut meminta agar semua pihak dapat memberi kerjasama dan ruang privasi kepada pelakon dibawah pengurusannya untuk menjalani rawatan dengan selesa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori