Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Nadia Macam Kena Sampuk”...

KUALA LUMPUR - Pelawak popular, Tauke Jambu menafikan menceraikan Nadia Mohd Affendi melalui...

Hujan Meteor Delta Aquariids...

PUTRAJAYA : Rakyat Malaysia terutama para peminat bidang falak berpeluang menyaksikan kemuncak curahan...

Lady Gaga Terima Gelaran...

BINTANG terkemuka di Hollywood, Lady Gaga telah menerima gelaran serta anugerah Women of...

Shafie Apdal Angkat Sumpah...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Facebook, WhatsApp, Instagram ‘Down’ Satu Dunia

APLIKASI media sosial popular, Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna tidak dapat mengikuti perkembangan terbaharu ketika ini.

Sususlan gangguan tersebut, Facebook terpaksa menggunakan aplikasi Twitter untuk memaklumkan kepada warganet tentang masalah yang dihadapi dipercayai bermula dari petang semalam.

“Kami sedar sejumlah pengguna sedang berdepan masalah mengakses aplikasi berkaitan Facebook dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin,” jelas Facebook dalam laman Twitter pagi tadi.

Facebook menambah, gangguan yang dihadapi itu tidak ada kaitan dengan serangan DDos yang dikatakan punca masalah tersebut berlaku.

Ramai dalam kalangan netizen menyatakan kekecewaan mereka di Twitter selepas tiada kemas kini terbaharu di Facebook dan Instagram sejak beberapa jam lalu.


Bagi pengguna WhatsApp pula, antara masalah yang dihadapi ketika ini adalah tidak dapat menghantar foto dan video sehingga ada yang terpaksa menggunakan aplikasi Telegram untuk urusan kerja. – Agensi

Kategori