Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sepanyol Minat Majukan Industri...

KUALA LUMPUR - Sepanyol berminat melibatkan diri dengan negara Islam negara dalam bidang...

New Zealand Labur NZ$200...

KUALA LUMPUR - New Zealand akan melabur lebih NZ$200 juta di ASEAN dalam...

Mamat Khalid Tak Mahu...

Entah di mana silapnya, hubungan antara pengarah prolifik, Mamat Khalid dan pelakon komedi,...

103 Individu Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Walaupun lebih empat kali diserbu pihak berkuasa pada 2017 sehingga...

Facebook Perkenal ‘Safety Check’ Banjir P.Pinang

KUALA LUMPUR – Facebook telah memperkenalkan inisiatif semakan keselamatan Safety Check for Penang bagi mengenal pasti status keselamatan penggunanya yang terkesan dengan bencana banjir besar yang melanda Pulau Pinang.

Sejak 4 petang semalam (Ahad, 5 November), pengguna laman sosial berkenaan yang berada di negeri tersebut boleh memaklumkan keselamatan mereka melalui ciri Safety Check itu.

Ciri istimewa itu telah menyenaraikan 8 buah kawasan termasuk George Town, Bayan Lepas, Batu Feringghi, Sungai Puyu, Sungai Pinang dan Bukit Mertajam sebagai kawasan yang paling teruk terjejas.

“Ambil langkah berhati-hati dan elakkan kawasan banjir. Laporan daripada sumber menyatakan terdapat sekurang-kurangnya lima kematian dan 2,000 orang telah dipindahkan setakat ini,” tulis Facebook di dalam akaun tindak balas bencananya.

Dalam amaran awalnya, Facebook berkata bahawa pihak media telah menandakan beberapa buah kawasan di kedua-dua tanah besar dan pulau di Pulau Pinang sebagai dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan pada hari Sabtu dan Ahad lalu.

Antara kawasan kejiranan yang terkesan termasuklah Kampung Permatang Rawa, Kampung Benggali, Kampung Simpah, Kampung Ooi Leng Hooi, Kampung Padang Lalang, Tanjung Bungah dan Jalan Perak.


“Puluhan buah rumah di beberapa kampung telah ranap dan sebuah tanah runtuh telah menyebabkan kerosakan pada jalan raya di Tanjung Bungah. Pasukan tentera telah dikerahkan bagi membantu misi keselamatan,” tulis Facebook lagi.

Bagi mereka yang tinggal atau mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan di Pulau Pinang, sila ambil langkah ini bagi memudahkan orang ramai mengesan keadaan anda.

Untuk melihat bagaimana cara feature itu berfungsi, sila klik pautan ini: https://www.facebook.com/safetycheck/?crisis_id=1366403300153801

– MYNEWSHUB.CC

Kategori