Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Omar: Persengketaan Di Liberia...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles DI AWAL pembabitannya sebagai pegawai tentera di Batalion Kelima...

Jumlah Pelawat Taj Mahal...

NEW DELHI - India merancang untuk mengehadkan jumlah pengunjung harian ke Taj Mahal...

Abang Johari Nafi Kerajaan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan kerajaan...

Pekerja Kilang Warga Myanmar...

IPOH - Seorang pekerja kilang warga Myanmar ditemukan mati dipercayai ditikam manakala adiknya...

Facebook Menteri Pendidikan “Delete”, “Repost” Peraduan ‘Certot’

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bertindak memadam status peraduan ‘Cerita-Cerita Kontot’ atau singkatannya ‘Certot’ hari ini.

Bagaimanapun, status sama didapati dimuat naik semula di laman Facebook yang menggunakan akaun “Dr. Maszlee Malik” itu tidak lama kemudian tanpa diubah.

Langkah itu menyebabkan ratusan kritikan orang ramai sejak kelmarin berhubung penganjuran peraduan itu terpadam dari tatapan laman Facebook berkenaan.

Kelmarin, Maszlee mengumumkan tentang peraduan ‘Certot’ di laman Facebook beliau dan menyeru rakyat menyertainya, namun pengumuman itu menjadi bahan tawa netizen.

Ratusan komen malah mengkritik dan mengutuk idea Kementerian Pendidikan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 melalui peraduan ‘Certot’.

Ia ekoran singkatan ‘Certot’ untuk peraduan menulis tentang hari kemerdekaan itu dianggap tidak sesuai, melucukan, memalukan, malah menjatuhkan standard Kementerian Pendidikan.

Status baharu mengenai peraduan ‘Certot’ hari ini tetap dihujani kritikan dan sindiran orang ramai sejak ia dimuat naik semula di laman Facebook itu kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

“Adehhh…terpaksa delete post pastu repost sbb tersiat siat hati baca ribuan komen sebelum ni😃😃😃😃,” kata pemilik akaun Facebook Shen Dond pada ruangan komen status itu.


Pemilik akaun Facebook May Yee pula berkata: “Sapa lg bg hg jawatan menteri pendidikan ni..memang buruk sebutan certot ni..apa benda la ko..cerpen dah digunapakai sejak zmn al kutty lg…sudah2 la tu..elok ko perkasakan pendidikan rakyat ke lg baguih drpd ubah singkatan2 yg xde bawa makna apa pun pd rakyat”

“Cg yg aliran sastera pun termenung nk klasifikasi certot ni genre ape2..x ade akronim lain yg menampakkan kredibiliti sang pengkarya?,” kata Nisha Sha pula.

Pemilik akaun Facebook Mohd. Azli pula melemparkan sindiran berikut: “CERTOT(cerita kontot) dari MENTOT(menteri kontot)”

“Kisah kerajaan malaysia hari nie mengencing rakyat dengan keindahan manfesto. Tajuk agak panjang dr saya rasa nie tak boleh ketegori sebagai certot. Cer-cing cerita kencing,” kata Mohamed Faliq. – MYNEWSHUB.TV

Kategori