Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kejatuhan Nilai Ringgit, Harga...

1. Ramai yang gagal untuk memahami mekanisma kenaikan nilai USD berbanding Ringgit Malaysia.2....

Tragedi Basikal Lajak: Keluarga...

“IA bukannya hanya korbankan satu atau dua nyawa tetapi lapan nyawa hilang,” kata...

Kerajaan Tak Mampu Bayar...

PUTRAJAYA - Jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan jika memutuskan untuk membatalkan...

Bursa Malaysia Jatuh Di...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini ketika ekuiti tempatan terus...

Facebook Live Senjata Kempen Calon MCA

BANGI – Tekad semata-mata mahu membantu rakyat menjadi ‘azimat’ buat calon MCA, Tan Chee Teong mengharungi kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’, Chee Teong, anak jati Balakong dari Batu 11, Cheras, terus positif berkempen pada hari terakhir sebelum mengundi esok.

Menggunakan pentas Facebook Live (FB Live), beliau menyampaikan amanat terakhirnya menggunakan bahasa Mandarin dengan bersemangat tengah hari tadi.

“Ramai berpendapat saya tidak ada peluang untuk menang tetapi saya tegaskan lagi, ia adalah tanggungjawab saya untuk cuba mewakili penduduk di sini.

“Tujuan saya memasuki politik adalah untuk membantu orang, inilah yang mendorong saya untuk meneruskan usaha saya.

“Dulu, politik senang tetapi sekarang politik lebih rumit dan ramai hilang keyakinan dalam politik. Semua orang ingatkan politik sebagai satu ‘penipuan’, tetapi sebenarnya, politik pada asalnya adalah untuk membantu dan membangunkan masyarakat,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di FB Live hari ini.

Menurutnya, beliau sedia menghadapi cabaran PRK Balakong bagi menyaingi lawannya dari Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki termasuk berusaha melawat ke semua tempat bagi mendengar suara semua penduduk.

“Saya juga dikutuk dan dimarahi kerana dianggap masuk parti yang ‘salah’ tetapi ini bukan mengenai parti politik, sebaliknya mengenai kebajikan penduduk.

“Setiap kali saya terlihat orang bertengkar, saya rasa sedih. Mengapakah kita tidak boleh bertanding sambil menghormati satu sama lain?

“Saya percaya, kita boleh wujudkan masa depan negara yang cerah dan dalam sistem dua parti, wajib ada pembangkang yang kuat. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PH memegang 90 peratus kerusi,” katanya.

Beliau turut mengulangi janjinya untuk membawa suara rakyat dan berusaha membangunkan kawasan Balakong, jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


“Misi saya adalah untuk membuat kebaikan dan membantu semua orang, inilah sebab saya sanggup mengambil cabaran ini dan jamin untuk berusaha menjadi pembangkang yang konstruktif,” katanya.

Pagi tadi, Chee Teong dan Siew Ki bertembung ketika masing-masing melakukan tinjau mesra di pasar pagi Batu 11.

Menurut Chee Teong, beliau gembira dapat bersaing secara bersih dan telus dengan Siew Ki yang dianggap seperti adik kerana lebih muda daripadanya.

“Esok hari mengundi, tidak kira sokong siapa, saya harap (pengundi) keluar mengundi…buat satu mesej kepada kerajaan siapa yang sepatutnya atau paling sesuai dipilih antara saya dan Siew Ki,” katanya.

Sementara itu, Siew Ki, gembira dengan peningkatan tahap kesedaran penduduk mengenai tarikh mengundi esok kesan daripada tempoh kempen yang panjang ditetapkan Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) selama 21 hari serta yakin rakyat akan memilihnya.

“Dalam 20 hari (berkempen) saya rasa semua baik, semakin hari semakin hangat. Saya rasa hari pertama orang masih tidak begitu tahu. Saya rasa sangat gembira dan berharap esok peratusan mengundi akan tinggi.

“Saya yakin dengan kerja pasukan mendiang Eddie Ng Tien Chee dan manifesto kami serta nama baik PH,” katanya.

Kata Siew Ki perkara pertama yang akan dilakukan jika terpilih sebagai ADUN Balakong adalah untuk meneliti semula projek terbengkalai termasuk jalan raya. – BH Online

Kategori