Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Mahu Kahwin Dengan...

SEORANG lelaki telah meninggalkan isterinya semata-mata untuk berkahwin dengan anak kandungnya yang berusia...

Kempen 11 Hari Pada...

KUALA LUMPUR - Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11...

“Peristiwa Besar Dalam Beberapa...

PIMPINAN UMNO dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,...

Kerajaan Belum Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum membuat keputusan sama ada untuk...

Facebook Lancar Khidmat Watch Ke Seluruh Dunia

CANGGIH… Perkhidmatan video Watch oleh Facebook bakal diperluaskan ke seluruh dunia. Demikian diumumkan gergasi media sosial itu hari ini.

Sebelum ini, khidmat eksklusif perkongsian video peribadi pengguna itu hanya ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) selama lebih setahun.

“Kami membangunkan produk ini bukan semata-mata untuk digunakan tanpa tujuan sebaliknya ia untuk meningkatkan penglibatan orang ramai,” menurut Naib Presiden Video Facebook, Fidji Simo.

Facebook melancarkan Watch di tengah-tengah peralihan tabiat menonton video – daripada wadah tradisional seperti kaca televisyen kepada wadah-wadah online seperti Netflix dan Hulu.

Selain itu bertambahnya ia ditawarkan susulan bilangan penonton yang memilih kandungan sedemikian baik dari yang profesional mahupun pengguna lain menerusi wadah seperti YouTube.

Facebook malah ketika ini giat mempertingkat kandungan-kandungan video yang ditawarkan, dengan rancangan-rancangan yang diterbitkan sendiri oleh pihaknya.

Minggu ini, Facebook mengumumkan format-format baharu termasuk rancangan permainan interaktif, kuiz dan undian.

Pengumuman itu dibuat selepas Facebook mendedahkan bahawa ia akan menyiarkan perlawanan bola sepak liga utama Sepanyol di India secara percuma dan menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara di Amerika Latin.


“Kandungan yang kami biaya hanyalah bahagian kecil daripada kandungan-kandungan yang ditawarkan di Watch,” kata Simo dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Justeru, pihak Facebook berharap kandungan video yang dihasilkan para pengguna sendiri akan menarik orang ramai untuk terus menonton.

Simo berkata Facebook sudah melaburkan banyak masa untuk membangunkan kemudahan-kemudahan supaya para pengguna boleh menyepadukan iklan ke dalam video mereka sendiri.

“Kami kekal yakin bahawa keupayaan menjana wang akan merangsang penghasilan (video) secara komersial,” tambah beliau. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori