Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak-Anak Tahfiz DQI Dekat...

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata tragedi kebakaran pusat...

Kapal Dagang Berkait Israel...

NEW DELHI : Sebuah kapal dagang yang dikatakan berkait Israel, mengalami serangan dron...

Penagih Jatuh Bumbung, Elak...

MELAKA - Tindakan seorang lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri daripada serbuan polis,...

Pisau Cukur Dalam Kuih...

KES penemuan objek jijik dalam makanan boleh dikatakan sudah acapkali didengar. Namun lain pula...

Facebook, Instagram, WhatsApp ‘Down’ Lagi Satu Dunia

KUALA LUMPUR – Jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram sekali lagi dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing hari ini.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lalu ialah gangguan teknikal sehingga para pengguna tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.

Dalam pada itu, aplikasi WhatsApp juga dilaporkan turut terjejas lewat petang tadi ekoran pengguna mengalami masalah untuk menghantar teks, foto dan video.

Sebagai rekod, pada 14 Mac lalu turut melaporkan jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing.

Gangguan itu dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com pada hari kejadian berkenaan, laporan tertinggi turut dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah.


Kejadian yang sama turut berulang pada lewat petang hari ini, sehingga kini belum ada lagi pengumuman rasmi daripada Facebook dan Instagram mengenai kejadian itu.

Kategori