Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Erdogan Rancang Perbincangan Dengan...

ANKARA - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, merancang untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin...

Makmal Proses Dadah Bernilai...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas bahan...

Penulis Didakwa ‘Hina Nabi’...

Polis terpaksa membebaskan penulis Uthaya Sankar SB - yang didakwa mempunyai unsur penghinaan...

‘Tiada Kes Curi, Hanya...

SEORANG lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil menjelaskan insiden tular yang berlaku...

Exco Johor Dimuktamadkan Minggu Ini

ISKANDAR PUTERI – Rombakan barisan Exco kerajaan negeri Johor dijangka dimuktamadkan menjelang akhir minggu ini, kata Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata, penyusunan barisan Exco masih diperincikan lagi.

“Seperti yang saya cakap, saya akan memilih Exco yang saya selesa bekerja dengan mereka…insya-Allah kita akan lihat nama-nama itu (senarai baharu). Nanti saya umumkan…insya-Allah beberapa hari lagi sebelum minggu hadapan,” katanya kepada pemberita di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya status rombakan barisan Exco kini serta sama ada akan terdapat pengguguran atau nama baharu dalam senarai berkenaan.

Dr. Sahruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu turut mengesahkan tiada tambahan portfolio kepada 11 portfolio termasuk yang dipegang menteri besar kini.

Semalam, sebuah portal melaporkan barisan Exco kerajaan negeri Johor yang baharu akan menyaksikan pengguguran dua Exco lama iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Mazlan Bujang dan Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi.


Mazlan merupakan ADUN Puteriwangsa daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Tan merupakan ADUN Skudai daripada Parti DAP.

Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene Ahad lepas menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan 8 April lalu.

Sehari sebelum itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ada menetapkan syarat supaya menteri besar Johor yang baharu membuat rombakan kepada barisan Exco kerajaan negeri.

Kategori