Exco Didakwa Rogol Mungkin Dicutikan – MB Perak

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memberi cuti sementara kepada exco negeri itu yang disiasat polis atas dakwaan rogol.

Katanya, jika siasatan tersebut mengambil masa yang panjang, beliau akan mempertimbangkan untuk memberi cuti sementara dan menghadkan Paul Yong Choo Kiong menghadiri mesyuarat exco negeri.

“Kita kena paham, kita tak nak menganggu proses siasatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sambil menambah beliau tidak boleh menentukan jangka masa panjang siasatan yang dimaksudkan.

Sebelum ini, media mendedahkan Bukit Aman sedang menyiasat satu laporan polis yang dibuat wanita warga Indonesia yang mendakwa dia menjadi mangsa rogol exco Perak.

Bagaimanapun, Paul semalam menafikan sekerasnya dakwaan tersebut mengatakan beliau tidak pernah merogol, mencabul kehormatan atau melakukan apa-apa gangguan terhadap mangsa. – FMT

Loading...