Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengerusi Gerakan Kelantan Angkat...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Gerakan Kelantan Datuk Ng Chiang Chin hari ini...

Terpulang Untuk Ambil Tindakan...

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil...

Pejuang Hamas Berikrar Akan...

GAZA : Hamas berkata, para pejuangnya di Gaza bersedia untuk menghadapi serangan Israel...

Serpihan Dipercayai MH370, Tiada...

PUTRAJAYA - Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui...

Exco Armada Selar Menteri Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan ‘Malaysia Baharu’ mahu meratifikasikan ICERD di Malaysia pada suku pertama tahun depan turut meresahkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Konvensyen Antarabangsa ICERD iaitu singkatan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bermakna hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, politik dan undang-undang tertentu di negara ini perlu dihapuskan.

Exco Armada, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Muni berkata, langkah itu tidak boleh dipandang mudah kerana hak orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini terpelihara dan dipelihara Perlembagaan Persekutuan adalah asas kepada keharmonian tanahair selama ini.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy perlu memberi kenyataan dengan jelas apabila menyebut bahawa beberapa klausa dalam perlembagaan mungkin perlu dirombak agar ia tidak memberi kerisauan kepada masyarakat Bumiputera.

“Namun mewakili Armada, saya memberikan amaran awal kepada Waytha Moorthy supaya janganlah menyentuh artikel atau perkara yang sensitif dan selama ini menjadi tunjang keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Waytha Moorthy yang diangkat sebagai anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).


Pemuda UMNO terlebih dahulu membantah perkara itu dengan menyifatkan cubaan ratifikasi tersebut diadakan tanpa perdebatan dan perundingan awam selain mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, definisi dan skop ICERD bertentangan serta bercanggah dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Justeru, beliau mengajak semua pihak tanpa mengira ideologi parti untuk bersama-rama membantah tindakan tersebut dan menandatangani petisyen bantahan terhadap cubaan tersebut.

“Mohon semua sahabat-sahabat tanpa mengira ideologi parti bersama-sama membantah dengan menandatangani petisyen bantahan di di https://chn.ge/2OKfHgU,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori