Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jadikan Tun M ‘Kebal’...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberi ruang...

A Method To Professionalizing...

They still do not your investment day once they produced their very first...

Polis Siasat Kes Pelajar...

Polis menyiasat kes seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah di Kulai, Johor...

SPR Akan Nilai Semula...

BALAKONG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat penilaian semula sama ada tempoh...

Etude Tarik Balik Produk Kosmetik Di Singapura

SINGAPURA – Etude House, jenama terkenal Korea Selatan, telah menarik balik dua produk kosmetiknya di Singapura, selepas kandungan logam yang melebih tahap permisif dikenal pasti mencemarkan kualiti produk tersebut.

Etude House Korea mengumumkan awal minggu ini bahawa ia telah menggantung dan menarik balik dua produknya iaitu Etude House AC Clean-Up Mild Concealer dan Etude House Drawing Duo No. 3 dalam tona Grey Brown.

“Keputusan penggantungan dan penarikan balik diikuti dengan mengenal pasti kandungan antimoni berlebihan di dalamnya dan secara sukarela melaporkannya kepada Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea Selatan,” kata Etude House Singapura dalam satu kenyataan media, semalam.

Produk Etude House dikilangkan oleh firma kosmetik Amorepacific. Produk yang terjejas itu pula dikilang dan diedarkan oleh Hwasung Cosmetics, salah seorang subkontraktor Amorepacific.

Etude House Singapura berkata bahawa “hanya sebahagian kecil” daripada Etude House AC Clean-Up Mild Concealer  di bawah nombor lot AAH diagihkan di sini.


Kebanyakan produk tersebut diedarkan di Korea Selatan, tambah syarikat itu. Syarikat itu memberitahu media bahawa Etude House Drawing Duo No. 3 Grey Brown tidak diagihkan ke Singapura. –MYNEWSHUB.CC

Kategori