Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Minta Nik...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa mendapat kerjasama makmal antarabangsa bagi menganalisis rakaman...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Pemilik Koleksi Permainan Video...

RICHMOND - Seorang peminat tegar permainan video telah diiktiraf Guinness World Records sebagai...

Banyak Implikasi Jika PH...

PORT DICKSON : Tiada sebarang perbincangan di peringkat Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan...

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui malu dan berasakan reputasi kumpulan mereka sedikit tercalar berhubung kes penipuan konsert di United Kingdom (UK), band Estranged akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara ini selain mengambil tindakan undang-undang agar individu yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebelum ini, band yang dianggotai Rich, Din dan Hanafi mendedahkan mereka ditipu seorang wanita Melayu yang dikenali sebagai Eziana Abdul Aziz yang mendakwa dirinya merupakan Pengurus Publisiti Apple Inc. yang berpejabat di London berhubung Festival Apple Music yang dijadualkan berlangsung pada 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.

Susulan insiden itu, Estranged mengambil keputusan untuk menyaman wanita berkenaan serta menuntut ganti rugi khas berjumlah RM100,000.

Demi melakukan persiapan rapi bagi menjayakan persembahan di UK, band itu telah menolak sebarang persembahan pentas selama empat bulan bagi memberi fokus terhadap konsert jelajah tersebut.

Menceritakan lebih lanjut mengenai insiden itu, Din berkata, “Estranged telah ditipu untuk mengadakan konsert jelajah di UK. Konsert ini berlangsung dari 23 Disember hingga 2 Januari.”

“Kami blok empat bulan pasal kami nak buat rehearsal kerana difahamkan di London kami akan main di empat lokasi dan dalam masa empat bulan ini juga kami kena keluarkan lagu English, jadi kami terpaksa fokus untuk persiapan festival itu. Berdasarkan show Estranged dalam empat bulan tu, kerugian itu adalah lebih (dari yang dituntut),” kata Din ketika ditemui Mynewshub pada majlis sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada

Menurut band yang terkenal dengan lagu Hancur Aku itu, mereka tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan kerana sebelum ini Estranged pernah mewakili negara di sebuah festival muzik di Taiwan dan dokumen festival kali ini dilihat lebih terperinci daripada persembahan luar yang pernah dijayakan mereka sebelum ini.

“Bila first kita jumpa dia, dia kata festival ini adalah acara tahunan dan dia nak invite Estranged sebab lagu Hancur Aku menjadi antara lagu paling banyak dimainkan di iTunes.

“Masa itu, kami terasa macam betullah dia nak bawa band Malaysia ke sana (UK) sebab benda ini bukan mudah untuk band tempatan buat persembahan di luar negara dan di pertengahan dealing tu nampak semua dokumen tu macam betul, kami pun rasa bangga dan kami pun nak buat all out untuk mewakili Malaysia.

“Kali terakhir kami mewakili Malaysia (buat persembahan) adalah di Taiwan. Tapi cara mereka deal pun tak se-details macam ini (yang dilakukan Eziana). Sebab tu kami tak rasa (kena tipu), sebab yang ini lebih details (dokumen dan tentatif persembahan),” ujar mereka lagi.

Estranged mula mengesyaki mereka ditipu Eziana selepas wanita itu mengarahkan mereka untuk membayar wang berjumlah RM27,951 (£5,000) kerana mendakwa wang pembayaran konsert festival yang sepatutnya diterima kumpulan itu telah disekat Bank Negara.

Sebaik menerima mesej daripada Eziana yang bertarikh 1 Disember 2016 itu, Estranged berasa ragu dan mula mengesyaki yang mereka telah ditipu scam yang dirancang oleh wanita berkenaan.

Menurut Din lagi, mereka percaya motif utama Eziana berbuat demikian adalah untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Selepas menerima mesej tersebut, pengurus Estranged kemudiannya terus berhubung dengan wakil Apple Music Press, Mandy Hershon bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai festival muzik tersebut.

Mandy menyatakan pihak Apple turut menerima aduan yang sama daripada artis negara luar yang mereka turut ditipu dengan menggunakan modus operandi yang sama sejak sebulan lalu dan pihak Apple dilaporkan sedang melakukan penyiasatan lanjut berhubung kes penipuan itu.


Walaupun tidak mengalami kerugian dari segi wang kerana Estranged tidak membayar wanita tersebut, namun kumpulan itu mengambil keputusan mendedahkan perkara ini bagi mengelakkan hal sama berlaku kepada mana-mana pemuzik tempatan.

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada
Eziana Abdul Aziz mendekati anggota kumpulan Estranged menerusi laman Facebook dalam modus operandi penipuannya.

“Itu memang first options kami (untuk tidak mendedahkan hal ditipu), itu memang normal. Memang budaya kita, kita akan berasa malu tapi sebaik-baiknya benda yang betul tu kita harus dedahkan.

“Sejujurnya lepas kami dah dedahkan benda ini, baru kami boleh tidur lena. Kami harap benda ini (saman) akan menghentikan kegiatan-kegiatan penipuan sebegini,” ujar Din lagi.

Sementara itu, Rich tidak menafikan hal itu telah menyebabkan mereka berasa sedikit down namun enggan menoleh ke belakang, mereka sepakat untuk terus melangkah memperjuangkan Estranged.

“Memang saya cakap nak take a break lepas hal ini berlaku, sebab semangat kami jatuh tapi sekarang ini rasa mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Sekarang kami ambil pendekatan, ambil yang jernih, buang yang keruh.

“Jadi, kami akan move forward dan teruskan dengan perjuangan muzik seperti sedia kala.

“Kami pada mulanya down, macam tak nak teruskan konsert di JB, tapi selepas dapatkan nasihat daripada peguam, kawan-kawan kami supaya kami teruskan perjalanan kami, tunjukkan yang kami ini masih boleh berdiri (dalam industri muzik),” kata Rich lagi sambil menambah Konsert Jelajah Estranged Sepenuhnya Vol 1 tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 3 Februari ini bertempat di Kilang Bateri, Johor Bahru.

Menurut Estranged, insiden ini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat mereka, “Kami akan lebih peka tentang hal-hal macam ini, kami akan tukar pihak pengurusan, lepas ini kami akan dapat pengurusan baru sementara pengurusan lama kami rehatkan. Lepas ini kami akan serahkan hal-hal sebegini kepada orang yang lebih arif.”

Estranged Dedah Penipuan Supaya Pemuzik Lain Waspada
Mathew Thomas Philip

Sementara itu, peguam yang mewakili Estranged, Mathew Thomas Philip berkata, writ saman telah dikeluarkan dan kes tuntutan saman band itu akan diperdengarkan pada 16 Januari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mathew menjelaskan Estranged selaku plaintif telah didorong oleh Eziana selaku defendan untuk mempercayai band Estranged telah dipelawa membuat persembahan.

Defendan telah menghantar banyak dokumen kepada Estranged dan pihak pengurusan mereka bahawa terdapat festival muzik itu bagi menyakinkan plaintif.

Dalam kes ini plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM100,000 berhubung kos ganti rugi plaintif yang terpaksa menolak sebarang persembahan selama empat bulan demi melakukan persiapan rapi untuk festival yang dikhabarkan itu selain turut menuntut saman ganti rugi teladan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori