Ernie Zakri Kesal Nama Sering Disalah Eja

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Jangan Marah, Ernie Zakri meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pihak sering menulis namanya dengan ejaan yang salah.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Ernie, penyanyi berusia 26 tahun itu memberitahu perkara tersebut tetap berlaku biarpun sudah acapkali diperbetulkan.

“Saya selalu mengalami masalah orang salah eja nama Erni, Erniey, Eryn.

“Saya bukan marah orang salah eja, kadang-kala bila saya mesej orang dan sendiri saya taip nama saya Ernie, janganlah typo lagi. Saya tidak tahu kenapa keliru sangat nak eja nama saya?” tulisnya.

Dalam pada itu, memetik laporan mStar Online Ernie berkata, bukan nama dia sahaja malah nama bapanya Zakri turut berlaku kesilapan apabila dieja sebagai Zakry.

Pada masa sama, penyanyi wanita itu juga menafikan nama tersebut adalah nama yang direka sendiri, sebaliknya ia adalah nama sebenarnya.

“Ada yang cakap ejaan itu saya reka sendiri, kesian ibu bapa saya bagi nama dekat saya, bukan buat-buat. Ejaan nama saya ialah Nur Ernie Shahirah Zakri,” katanya. – Mynewshub.tv

Loading...