Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Misteri Kehilangan Budak 4...

Antara yang viral dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp sekarang adalah...

Pemuda UMNO Perlu Bekerja...

“Tidak wujud sebarang gerakan tumbangkan Presiden, saya anak jantan dan tidak akan suruh...

KPN Minta Orang Ramai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai dan pihak media...

Pekerja Tempatan Tidak Terkesan...

KULIM - Pekerja tempatan tidak akan terkesan dengan pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952,...

Erdogan Sah Menang Pilihan Raya Presiden Turki

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung semalam, menewaskan pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi yang dikira.

“Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.

“Turki sudah memberi pengajaran kepada seluruh dunia mengenai amalan demokrasi,” katanya ketika berucap sempena kemenangannya di kediamannya di sini, sambil mengumumkan jumlah peratusan mengundi sebanyak 88 peratus.

Menurut agensi berita Anadolu, Erdogan, 64, calon Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berjaya memperoleh 52.5 peratus undi, manakala Muharrem Ince, 54, dari Parti Rakyat Republikan (CHP) mendapat 31 peratus undi.

Berita kemenangan itu turut diumumkan jurucakap Kerajaan Turki, Bekir Bozdag, yang dilaporkan berkata, keputusan tidak rasmi selepas 95 peratus undian dikira, menunjukkan Erdogan sedang mendahului berbanding calon yang lain.


“Rakyat Turki sudah memilih Erdogan sebagai presiden/presiden eksekutif pertama Turki di bawah sistem yang baharu.

“Mereka (rakyat Turki) berkata ‘teruskan’ kepada Presiden Erdogan,” kata Bozdag di Twitter. – Reuters/AFP/BH ONLINE

Kategori