Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kecekapan TDM Tarik AS...

TEMERLOH - Kecekapan dan pengalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menghadapi peperangan hutan...

Kastam Johor Gagalkan Seludup...

JOHOR BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan penyeludupan masuk 986,000...

Universiti Perlu Tegas Kuat...

KUALA LUMPUR - Semua universiti awam dan swasta digesa melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok...

Khazanah Rugi RM600 Juta...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata, susah payah prestasi kewangan Pusat...

Erdogan Dedah Riyadh Dalang Bunuh Khashoggi

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata arahan untuk membunuh Jamal Khashoggi diterima daripada pihak tertinggi Kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian kira-kira sebulan selepas Jamal dibunuh di dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul, sejajar dengan janjinya untuk terus memburu pihak yang bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Erdogan berkata, beliau tidak percaya bahawa Raja Salman perlu dipersalahkan dalam insiden pembunuhan kolumnis akhbar Washington Post itu.

Namun, pemimpin Turki itu gagal mengenepikan pembabitan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman dalam ‘skuad pembunuh’ Jamal, yang juga pengkritik pemerintah de facto Arab Saudi berkenaan.

Kenyataan Erdogan itu dibuat, sebaik sahaja salah seorang pemimpin kanan tentera mendedahkan bahawa mayat Jamal dilupuskan di dalam bangunan konsulat, dalam usaha mengelakkan ia daripada dikesan. – AFP/BH ONLINE

Kategori