Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Awal Ashaari Sering Guna...

PELAKON dan pengacara popular, Awal Ashaari mendedahkan dia kini dalam proses mendapatkan seorang...

Sektor Pengajian Tinggi Perlu...

KUALA LUMPUR - Sektor pendidikan tinggi perlu meningkatkan daya saing global dalam menghadapi...

“Moga Allah Izinkan Cinta...

KEMESRAAN dan aksi romantik penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan Shuib (Sepahtu) sentiasa menjadi...

Selat Melaka Bebas Ancaman...

PUTRAJAYA - Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari...

ERC Serah Laporan Interim Kepada PM

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) hari ini mengemukakan laporan interim kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai makluman mengenai kemajuan kajian jawatankuasa itu sehingga kini.

Jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini, memaklumkan laporan interim itu merangkumi syor yang dibentuk sebagai langkah awal dalam urusan penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya.

“Sebagai langkah susulan, ERC akan mengambil tindakan seterusnya bagi menyediakan satu laporan penuh yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya Ogos ini.

“ERC juga telah menjalankan tugas mengikut mandat diberikan untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya, termasuk melakukan perbandingan dengan negara demokrasi yang maju,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, bagi mendapatkan syor dan pandangan umum, sebanyak 21 sesi libat urus diadakan di seluruh negara sepanjang 16 bulan lalu, yang mana jawatankuasa itu menerima pandangan dan input dalam bentuk memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak.


ERC telah ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos 2018 untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya sedia ada.

Tugas utama ERC adalah mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan sempurna, mengikut standard yang dicapai negara demokrasi yang maju dan bagi mendapatkan kepercayaan awam sepenuhnya.

ERC menjalankan kajian yang intensif sejak ditubuhkan dengan fokus kepada 15 komponen kajian spesifik berlandaskan kepada objektif untuk mencapai tahap demokrasi pilihan raya yang sempurna.

Kategori