Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Majlis Peguam Digesa Larang...

SEORANG peguam Islam baru-baru ini telah mencadangkan usul murni, iaitu larangan hidangan arak dalam acara...

Tun M Terdesak Raih...

KLUANG - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Tun Dr...

Jangan Cuba Ugut SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan amaran tegas kepada pihak...

Nur Menang Besar Di...

PUTRAJAYA - Drama rantaian Nur mendominasi malam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)...

Era Ku Li Tanding Presiden UMNO Sudah Berlalu

BAGI generasi lama, mungkin kenal bagaimana hebat Putera Raja Kelantan ini pada 1987 nyaris pernah menumbangkan Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad.

Tengku Razaleigh Hamzah berpasangan dengan bekas timbalan Mahathir yang baru setahun berundur, Datuk (kini Tun) Musa Hitam, berjaya sengit mencabar regu pemimpin parti itu yang tampil bersama-sama Tun Ghafar Baba.

Mahathir cemas apabila majoriti ahli UMNO masa itu marah beliau ekoran pelbagai isu panas menyebabkan rakyat benci kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama tragedi berdarah Memali dan kes amuk Prebet Adam pada 1985.

Ironi, Tengku Razaleigh kalah tipis 43 undi setelah Mahathir berjaya pujuk Ketua Pemuda UMNO waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ‘kuat’ pengaruh dalam parti dan pro lawannya tersebut untuk menyokong kem presiden.

Setahun kemudian UMNO diisytiharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh sebuah mahkamah di ibu negara dan beliau yang agak mesra disapa sebagai Ku Li itu bertindak menubuhkan parti serpihan dikenali Semangat 46.

Tindakan nekad itu bukan kerana tidak sayangkan UMNO tetapi beliau sebenarnya dihalang untuk menyertai parti berkenaan setelah dipulihkan semula oleh Mahathir sendiri sehinggalah Semangat 46 dibubarkan pada 1996.

Itu kisah lama malahan selepas itu Ku Li kekal setia dengan UMNO yang disertainya sejak 1962 waima pernah juga bertanding melawan presiden parti, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada 2004 dan Najib pada 2009.

Bagaimanapun susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu, nama beliau sekali lagi muncul disebut-sebut untuk menerajui UMNO selepas Najib berundur daripada segala jawatan parti dipegang.

Rekod kejayaan pengalaman sewaktu menyandang pelbagai agensi penting antaranya Petronas sebagai pengerusi yang pertama pada 1974 selain cemerlang ketika menjadi menteri persekutuan sejak 1976 lagi memang diakui.

Namun untuk mendepani senario politik semasa yang sudah banyak berubah dibandingkan zaman 1970-an sehingga 1990-an, penglibatan Ku Li dalam kancah arus politik perdana ketika ini kemungkinan besar adalah kurang sesuai.


Apatah lagi, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negara hari ini dijangka ‘bijak’ memainkan isu lama pentadbiran BN sebelum ini sebagai ‘senjata’ untuk bunuh karakter musuh politik mereka tanpa belas ihsan simpati.

Lihatlah bagaimana nasib Najib yang dianggap keturunan bangsawan pun diaibkan jentera propaganda PH dengan dibongkar segala kisah silam dan dilayan sebegitu hina selepas PRU ke-14 seolah-olah musuh utama negara kita!

Justeru, adalah lebih manis Tengku Razaleigh tidak bertanding sebagai presiden bahkan memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kurang kontroversi sebagai calon untuk jawatan Presiden UMNO.

Ku Li pula sebaliknya mungkin sesuai menjadi penasihat strategi di belakang tabir bantu parti untuk bangkit semula sementelahan beliau cukup masak dengan perangai Mahathir dan tahu ‘titik’ kelemahan pemimpin PH tersebut.

Tidak timbul istilah tidak kenang jasa, bahkan langkah Tengku Razaleigh bertanding merebut jawatan tertinggi parti dibimbangi boleh cetus keretakan dalam UMNO yang sedia lemah dan memerlukan solidariti ahli lebih 100 peratus.

Setakat ini, belum terlambat untuk Ku Li fikir dengan masak termasuk masa depan UMNO yang perlu jeneral baru untuk berdepan dengan rejim PH dan merampas semula Putrajaya pada PRU ke-15 kelak. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori