Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Mekanisme Terbaik...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan masih mengkaji...

Kertas Siasatan Rogol Gadis...

JOHOR BAHRU - Polis akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara...

Masjid UK Tegah Wanita...

LONDON - Masjid seluruh United Kingdom mengarahkan wanita Islam supaya tidak memakai seluar...

“Tak Perlulah Jumpa, Saya...

ORANG kata senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. Mungkin ini jawapan yang...

Equanimity: Helah Tun M Tutup Kesilapan

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia menyifatkan permohonan mahkamah menjual kapal layar mewah Equanimity sebagai percubaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menutup masalah yang timbul selepas merampas kapal berharga RM1 bilion itu.

Jho Low dalam kenyataan dikeluarkan menerusi peguam beliau berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bersedia membayar kos penyelenggaraan Equanimity sementara menunggu prosiding mahkamah selesai.

Bagaimanapun dakwa beliau, Dr. Mahathir telah ‘membawa’ kapal itu secara ‘haram’ ke negara ini.

“Helah publisiti bermotif politik beliau bagi memulihkan imej rejimnya itu ternyata memakan diri.

“Beliau kini sedar kos selenggara kapal layar itu mencecah jutaan ringgit. Jadi satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah melelong kapal itu secara paksa dan sudah tentu pada pengurangan harga yang besar,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi portal berita FMT di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jho Low berkata, beliau hampir pasti bidaan bakal diterima adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran yang berpatutan untuk kapal layar itu.


Semalam 1MDB Global Investments Ltd, 1MDB Energy Holdings Ltd, syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan kerajaan Malaysia dilaporkan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menjual kapal layar mewah itu sama ada melalui lelongan awam atau persetujuan secara formal antara dua pihak.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk menjual Equanimity disebabkan kos yang perlu dibelanjakan adalah kira-kira sebanyak RM2 juta sebulan hanya untuk penyelenggaraan bagi memastikan kapal itu berada dalam keadaan terbaik.

Malah Peguam Negara, Tommy Thomas menegaskan, kapal tersebut masih boleh dijual dalam satu proses yang telus antara tempoh tiga hingga empat bulan walaupun proses perundangan mengenai skandal itu berjalan. – UTUSAN ONLINE

Kategori