Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jersi Real Madrid Simbolik...

SEMPENA meraikan ulang tahun kelab bola sepak, Real Madrid yang ke-117 tahun, peneraju...

‘Long Ball Bodoh’, KJ...

SUSULAN kekalahan memalukan 0-6 pasukan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018...

Michael Ang Tak Sabar...

KUALA LUMPUR - Kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali di masjid...

Pertimbang Cadang Darurat Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak...

Equanimity Dijual Kepada Genting Pada AS$126 Juta

PETALING JAYA – Putrajaya memutuskan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity kepada syarikat tujuan khas (SPV), Genting Malaysia Bhd. pada harga AS$126 juta.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Genting akan membayar AS$126 juta kepada Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.

“Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk kerajaan Malaysia dalam jangka masa cuma 8 bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.”

Katanya, AS$126 juta ialah tawaran terbaik yang diterima dalam 5 bulan, sejak kerajaan mengumumkan akan menjual Equanimity pada Oktober tahun lalu.

Jabatan itu berkata, banyak tawaran diterima sepanjang tempoh itu, tetapi hanya sebilangan kecil tawaran yang melebihi AS$100 juta, dengan Genting menawarkan harga tertinggi.


Katanya, walaupun jualan itu gagal mencapai harga pasaran Equanimity berdasarkan penilaian Winterbotham sebanyak AS$130 juta, tetapi pulangan bersih diperolehi Putrajaya adalah yang terbaik dan lebih tinggi daripada jangkaan kerajaan.

“Memandangkan tawaran daripada Genting telah dirunding secara terus dengan kerajaan Malaysia, tiada komisen ejen yang perlu dibayar, yang membawa kepada penjimatan sebanyak AS$4.4 juta.” – FMT

Kategori