Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Parah Ditetak Hanya Kerana...

GEORGETOWN - Hanya kerana menjeling, seorang remaja parah ditetak selepas diserang sekumpulan lelaki...

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Definasi zalim ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN)...

Peminat Berduka Min Ho...

BERITA sedih buat para peminat drama Korea, kerana aktor terkenal Lee Min Ho...

Penumpang Maut, Kereta Langgar...

BELURAN - Seorang penumpang sebuah kereta pacuan empat roda maut selepas kereta itu...

Enggan Lakukan Seks, Bekas Isteri Dicurah Asid

SEORANG wanita kini bertarung nyawa selepas bekas suaminya mencurahkan asid ke alat sulitnya disebabkan dia enggan melakukan seks dengan lelaki berkenaan, dalam serangan yang mengejutkan ramai.

Lelaki itu, Ved Pal, melakukan serangan tersebut terhadap bekas isterinya, yang tidak didedahkan nama, di rumah yang didiami wanita itu di Uttar Pradesh, India.

Menurut doktor, keadaan wanita itu kritikal. Pasangan berkenaan telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai dua anak.

Bapa mangsa, Kedar Singh mendakwa Ved telah memukul anaknya terlebih dahulu sebelum mencurahkan asid terbabit. Ved turut mendapat bantuan daripada abangnya.

Singh mendapat tahu mengenai insiden tersebut selepas dihubungi oleh jiran anaknya, Mereka kemudian membawa mangsa ke hospital.


Suspek kini melarikan diri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori