Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Myanmar Teruskan Penghapusan Etnik...

PEMERINTAH Myanmar masih meneruskan kempen penghapusan etnik terhadap warga Rohingya di negara itu...

Azmin Respons Hantaran ‘Tutup...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Popov Yakin Kelantan Mampu...

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov yakin pasukannya akan membawa...

KPDNHEP, MAFI Cari Penyelesaian...

JERANTUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian...

Enggan Hidang Air, Remaja Ditikam 100 Kali Oleh Kekasih

Gara-gara enggan menghidangkan air kepada teman lelakinya, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun parah selepas ditikam 100 kali oleh lelaki itu di hadapan anaknya yang berusia dua tahun.

Tikaman yang kuat oleh Jamiv Usman, 32, itu juga mengakibatkan pisau berkenaan patah. Remaja terbabit kemudiannya berpura-pura mati sebelum merangkak keluar .

Mujurlah pemandu bas di kawasan berhampiran melihatnya dan kemudiannya membantu mangsa dengan menghubungi paramedik serta polis.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dengan luka yang parah termasuk dua kebocoran di paru-paru. Remaja itu menerima 500 jahitan.

Manakala Usman pula telah membuang pisau berkenaan namun dia berjaya ditangkap.


Usman telah dihadapkan di mahkamah dan dia dihukum penjara 20 tahun. Hakim menyifatkan kejadian serangan itu sebagai menakutkan dengan mangsa bertarung nyawa di hadapan anaknya yang masih kecil.

Mujurlah dia masih hidup dan meskipun sukar namun remaja itu kini menunjukkan proses pemulihan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori