Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Palestin Lanjut ‘Lockdown’ Sebulan...

BAITULMAQDIS - Palestin pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah 'lockdown' selama sebulan lagi untuk...

China Keluar Setem Peringatan...

GUIYANG - Kerajaan China mengeluarkan setem peringatan khas sempena teleskop radio terbesar dunia...

Ibu Sempat Solat Hajat...

KUANTAN - Ibu kepada anggota bomba yang terkorban dalam tragedi di sebuah lombong...

Ecoworld London Meterai Janji...

KUALA LUMPUR – Usaha sama 70 peratus milik Eco World International Bhd (EcoWorld...

Enggan Buang Najis Bimbang Dadah Ditelan Keluar

SEORANG suspek pengedar dadah telah memecah rekod di United Kingdom kerana berada di dalam lokap paling lama disebabkan polis menunggunya untuk membuang air besar.

Lamarr Chambers, 24, ditahan kerana mahu menjual dadah jenis A di Harlow, Essex.

Sejak ditahan, dia sudah berada selama 23 hari di dalam lokap. Polis yakin dia telah menelan dadah-dadah berkenaan, jadi polis menunggu Lamarr untuk mengeluarkannya menerusi najis.

Bukan itu sahaja, selama 23 hari itu juga dia berada di bawah pemantauan ketat. Pakar perubatan percaya dia mempunyai peluang kecil untuk membuang najis.

Sementara polis pula enggan memaklumkan mengenai keadaan semasa Lamarr sehingga dia `melakukan’ apa yang sepatutnya dilakukan. Lamarr juga dilaporkan enggan makan.

Namun Trish Macnair, dari Primary Care Society for Gastroenterology berkata, walaupun Lamarr mahu berpuasa dan enggan makan, namun ia tidak akan menghalang suspek daripada membuang air secara semula jadi.


“Semakin lama dia menahan diri, dia akan berasa tidak selesa. Suspek akan berasa sakit perut. Walaupun tidak makan, namun usus akan bergerak kerana kira-kira satu pertiga daripada najis adalah serpihan makanan.

“Saya terkejut kerana dia boleh menahan (buang najis) untuk tempoh yang lama,’’ kata Trish. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • najis

Kategori