6 Orang Perisik Israel Dihukum Mati Di Gaza

SEBUAH mahkamah tentera di Gaza, Palestin menjatuhkan hukuman mati ke atas enam orang warga Palestin kerana kesalahan mengintip bagi pihak Israel, kata jurucakap Menteri Dalam Negeri di Gaza, Iyad al-Bozom semalam.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara ke atas lapan defendan lain menurut kesalahan masing-masing.

“Keputusan itu ialah satu mesej yang jelas kepada perisik penjajah,” katanya.

Lima daripada mereka akan digantung manakala enam lagi ditembak di kepala.

Katanya, pesalah yang dihukum tembak di kepala didakwa bekerjasama dengan “sebuah entiti asing musuh.”

“Perkhidmatan keselamatan mencapai beberapa kejayaan yang membolehkan mereka mengesan perisik terbabit dan memusnahkan kawalan keselamatan mereka,” kata al-Bozom.

Beliau menekankan bahawa pasukan keselamatan Palestin telah berjaya menjejaskan rancangan Israel yang dirancang terhadap penduduk Palestin di Gaza. – MEM

Loading...