Enam Kluster Jangkitan Covid-19 Babitkan Madrasah

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak enam kluster jangkitan Covid-19 membabitkan madrasah tahfiz.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripadanya adalah subkluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Beliau berkata, kluster terbabit adalah madrasah di Solok Duku dan madrasah di Ayer Merbau, Melaka; madrasah di Sungai Lui, Selangor; madrasah di Penanti, Pulau Pinang; madrasah di Sungai Salan serta madrasah tahfiz di Lanchang, Pahang.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kluster madrasah di Solok Duku dikenal pasti sebagai kluster terbaharu berkaitan madrasah tahfiz. Setakat ini seramai 107 pelajar, guru dan ahli keluarga disaring.

“Dua kes positif dalam kalangan 35 pelajar, dua kes positif di kalangan 62 ahli keluarga guru, kakitangan dan pelajar manakala tiada kes positif di kalangan guru serta kakitangan madrasah,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini seramai 19,209 pelajar, guru dan kakitangan dikenal pasti dari 370 madrasah dan pusat tahfiz seluruh negara dengan 12,384 sampel diuji iaitu 64.5 peratus.

Katanya, daripada jumlah itu, 635 dikesan positif Covid-19, 10,755 kes negatif dan 994 masih menunggu keputusan.

“Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif dalam kalangan kumpulan berisiko adalah 5.1 peratus.

“Jika dibandingkan dengan situasi seminggu lalu kadar positif dalam kalangan kumpulan berisiko 4.4 peratus. Tren kenaikan kadar positif ini membimbangkan kerana ia menunjukkan kebarangkalian menjangkiti orang lain semakin meningkat.

“Daripada siasatan yang dijalankan KKM, didapati bahawa 96 orang daripada 635 orang dikesan positif tidak mempunyai gejala saluran pernafasan iaitu 15.1 peratus.

“Ini seterusnya boleh mengakibatkan penularan Covid-19 yang lebih meluas di kalangan ahli keluarga mereka dan masyarakat setempat sekiranya langkah pencegahan tidak diambil,” katanya.

Berikutan itu, katanya, KKM meminta pelajar madrasah tahfiz yang sudah pulang ke rumah supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah, klinik kesihatan atau hospital saringan untuk menjalani persampelan ujian Covid-19 manakala pelajar belum pulang diminta kekal berada di madrasah.

Loading...