Empat Pelari Negara Layak Ke Final Di Sukan SEA Vietnam

35

HANOI – Empat pelari negara yang beraksi dalam acara 200 meter layak ke pentas final pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 selepas menampilkan aksi cukup baik pada aksi saringan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Zaidatul Husniah Zulkifli dan Siti Fatimah Mohamad tidak berdepan masalah untuk mara ke pentas final selepas masing-masing mengakhiri saringan tempat ketiga sekali gus tekad membutirkan pingat pada aksi final yang dijangka berlangsung pada pukul 4.15 petang ini (waktu Vietnam)

Sementara itu, dalam acara lelaki, Jonathan Nyepa dan Muhammad Arsyad Md. Saat turut mempamerkan larian bertenaga dan tidak berdepan masalah untuk ke final yang berlangsung pada 4.35 petang nanti.

Jonathan mengakui dia tidak memberikan 100 peratus dan menyimpan tenaga untuk aksi final dalam melengkapkan misi untuk memburu pingat pada temasya dwitahunan tersebut.

“Pada sesi saringan saya hanya mahu layak ke final. Secara keseluruhan baik dan permukaan trek juga baik.

“Saya akan berikan 100 peratus pada aksi final nanti untuk memburu podium,” katanya yang menamatkan saringan dengan catatan 21.25 saat.

-Kosmo Online