Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sayur & Buah Ini...

RAMAI dalam kalangan kita yang berusaha untuk mengamalkan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan, iaitu...

Menakjubkan.. Bayi Lahir Tanpa...

ALABAMA – Bayi Eli, merupakan bayi lelaki yang menakjubkan kerana dilahirkan tanpa hidung....

Bauksit: Tindakan Proaktif SPRM...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memuji tindakan proaktif...

Ijazah Kejuruteraan Kimia Dari...

Memiliki ijazah dari pusat pengajian tinggi di barat mampu membuka peluang kepada seseorang...

Emma Maembong ‘Punca’ Mawar, Raf Bersatu

DIAM tak diam, rupa-rupanya pelakon Emma Maembong yang bertanggungjawab menyatukan pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob sehingga mereka berdua bakal melangkah ke alam perkahwinan!

Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada Jumaat lalu, Mawar menceritakan kisah menarik tentang bagaimana hubungan mereka bermula, terima kasih kepada Emma.

Ceritanya, Raf dan Mawar diperkenalkan oleh pelakon Emma sekitar Januari lalu ketika mereka sama-sama menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran.

“Saya mengenali Raf di sebuah restoran yang turut ditemani oleh Emma dan rakan lain.

“Ketika itu, Emma menyuarakan hasrat untuk menemukan kami kerana Raf sudah dianggap seperti abang angkatnya.

“Sejak itu hubungan kami mula akrab sehiggalah membawa kepada ikatan pertunangan ini,” katanya kepada mStar Online.

Emma Maembong 'Punca' Mawar, Raf Bersatu
Emma dan Mawar memang sudah lama berkawan baik.

Mawar, 22, yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 dan Raf mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada Jumaat lalu.

Pasangan ini dijangka melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Mawar memberitahu sebenarnya dia tidak pernah percaya kepada cinta pandang pertama namun dengan Raf, perasaannya tiba-tiba berubah sama-sekali.

Kata Mawar, aura unik dalam diri adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu berjaya menambat hatinya pada pertemuan pertama itu.


“Hakikatnya saya ternyata salah kerana kali pertama bertemu Raf dia berjaya membuatkan hati saya berdebar tidak seperti kebiasaan.

“Saya dapat merasakan aura unik dalam diri Raf. Barangkali, ini disebabkan cara pembawaan dirinya yang agak berbeza berbanding orang lain,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai Raf, Mawar memberitahu, dia juga tertarik dengan tunangnya itu kerana yakin Raf dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

“Saya berasa kagum dengan pengetahuan agama Raf apatah lagi selepas melihat dia dan abangnya (Fazley) membaca talkin ketika arwah bapa mereka meninggal dunia.

“Raf seorang lelaki penyayang, bertanggungjawab, berkarisma tinggi, berpendidikan, rendah diri, sopan tutur kata, menyukai keluarga dan boleh membimbing saya di dunia dan akhirat,” jelas Mawar lagi.

Ehem, Mawar dan Raf sudah berjaya dijodohkan, giliran Emma dan Kamal Adli bila lagi? Tak sabar rasanya menantikan berita gembira daripada pasangan ini! – MYNEWSHUB.CC

Kategori