Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pilih Duda, Anis Al-Idrus...

SETELAH gagal dengan beberapa siri percintaannya terdahulu, akhirnya pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus...

16 Pati Ditahan Imigresen...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk...

Pindah Masjid Lama Bimbang...

SEBUAH masjid pada abad ke-15 di Turki telah dibahagikan kepada tiga bahagian dan...

Isteri Achey Usaha Jadi...

PELAWAK dan penyanyi Achey memberitahu isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya sedang dalam proses...

Emma Maembong Nafi Bakal Nikah Datuk

AKTRES Emma Maembong menafikan khabar angin dia bakal diijab kabul dengan seorang ahli perniagaan dari Sabah dan menjadi punca keretakan rumah tangga lelaki itu.

Dalam pada konflik percintaan antara Emma dengan bekas kekasihnya, aktor Kamal Adli masih baru berlaku, lelaki yang dikenali sebagai Datuk Salim Rahman itu tampil ke hadapan untuk menjelaskan hubungan sebenar antaranya dengan pelakon cantik itu.

Kata Salim, dia dan Emma hanya berkawan selepas mereka berdua diperkenalkan oleh ahli keluarga Emma.

Datuk Salim Rahman dan Emma

Kata Emma, punca gosip itu tersebar sebenarnya bermula apabila sebuah portal berita menyiarkan kenyataan Emma bahawa keluarganya sibuk ‘kenen’kan mereka berdua.

“Salim ialah kawan kepada abang ipar saya. Keluarga saya agak rapa dengannya. Adakalanya, saya turut mengikut kakak dan abang ipar saya ke Sabah untuk bertemu dengannya. Daripada situlah kami menjadi kawan,” jelas Emma.


“Kadang-kadang abang ipar saya ada bergurau agar Salim melamar saya. Percayalah, tiada hubungan yang serius antara kami,” kata Emma lagi.

Tambah Emma lagi, oleh keraan mereka hanya kawan biasa, dia tidak berasa pelik untuk memuat naik gambar mereka bersama semasa lawatan terakhirnya ke Kota Kinabalu.

Kawan atau kekasih, Emma perlu tahu batasan. Tambahan pula, Salim kan baru sahaja bercerai. Tak manislah bergambar berdua dan muat naik pula di media sosial,kan?-MYNEWSHUB.CC

Kategori