Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Amah Indon Akui...

VIDEO seorang pembantu rumah warga Indonesia mengakui rakan senegaranya memperoleh MyKad dan menerima...

Azahar Mohamed Bakal Dilantik...

HAKIM kanan Mahkamah Persekutuan, Azahar Mohamed dijangka dilantik sebagai ketua hakim negara akan...

Mayat Remaja Lelaki Dikerat...

TANGKAK - Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini...

“Allah Ganti Sedih Saya...

TIADA yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit Covid-19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh...

Emas Dari Renang Berirama Lee Hying & Hua Wei

MALAYSIA menambah satu lagi emas dalam acara renang berirama menerusi gandingan Zylane Lee Hying Huey-Gan Hua Wei dalam acara rutin bebas duet pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Gandingan negara berjaya memukau para juri dengan gerak tari yang menghiburkan dan mantap untuk mengumpul 76.3000 mata.

Pingat perak diraih pasangan Singapura, Miya Yong Hsing-Debbie Soh Li Fei yang mengutip 76.2333 mata, perbezaan 0.0667 mata.

Pasangan Indonesia, Anisa Feritrianti-Claudia Megawati Suyanto raih gangsa dengan 71.4667 mata.

Satu lagi gandingan negara, Lee Yiat Xin-Nur Liyana Nadirah Mohd Fairuz terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan 70.4667 mata.


Gandingan Zylane-Hua Wei sebelum ini tewas kepada pasangan Singapura itu dalam acara rutin teknikal duet yang menyaksikan Singapura meraih emas manakala Malaysia berpuas hati dengan pingat perak. – Harian Metro

Kategori