Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Bot Tenggelam: Dua Mayat...

KUANTAN - Mayat dua lelaki warga China yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot...

Adakah Malaysia Menuju Ke...

JAWAPAN persoalan ini tidak sebegitu mudah. Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sambil berdepan...

Penghijauan Semula Cameron Highlands...

KUALA LUMPUR - Program penghijauan semula Cameron Highlands sedang giat dilaksanakan melalui aktiviti...

Penumpang Tak Perlu Lagi...

LABUAN - Perkhidmatan feri antara pulau ini dan tanah besar Sabah dan Sarawak...

Tidak Boleh Hamil, Elyana Mahu Ambil Anak Angkat

TIDAK boleh terbayang perasaan seseorang wanita yang tidak berupaya untuk mengandungkan anaknya sendiri.

Itulah yang sedang dialami oleh penyanyi Elyana yang mengakui dirinya tidak dapat lagi untuk hamil.

Namun, dia positif dengan keadaan yang menimpanya itu dan berazam untuk mengambil anak angkat bagi menambah bilangan ahli keluarganya.

“Saya nak mengandung tapi tak boleh dah. Saya sekarang nak cari anak angkat, sebab saya dah buang sebelah. Baru-baru ini saya gugur, bayi tersekat dalam tiub. Jadi Doktor buang tahun lepas,” katanya.

Tidak Boleh Hamil, Elyana Mahu Ambil Anak Angkat

Elyana yang ditemani suami serta anaknya berkata, dari zaman sekolah sememangnya menginginkan seorang anak angkat walaupun mempunyai anak yang ramai.


“Tapi memang dari zaman sekolah nak ambil anak angkat. Saya cuba untuk ambil anak angkat untuk tolong orang susah. Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat saya yang saya dah tak dapat anak, jadi ambillah anak angkat.

“Seorang atau dua anak angkat, lelaki atau perempuan, dan rupa semua itu saya tak kisah. Tapi saya nak dia semasa bayi lagi. Suami saya tidak ada masalah,” katanya yang telah muncul dengan single terbaru berjudul Ikhlas Dalam Resah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori