Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKNS Nafi Halang Penganut...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendakwa isu yang dibangkitkan segelintir...

Contohi Najib, Jangan Goyang...

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi...

PRN Sarawak: Proses Penamaan...

KUCHING - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) di...

Tun M Tolong Zip...

JANDA BAIK - Penulis buku politik veteran, Syed Hussein Al-Attas menyarankan mantan Perdana...

Elyana ‘Amuk’ Di Instagram Gara-Gara Hilang Sabar

NAMA penyanyi yang popular menerusi lagu Niat, Elyana kini sering menjadi buah mulut dalam kalangan netizen selepas disahkan menghidap penyakit penyakit kanser Limfoma tahap empat.

Ekoran itu, apa sahaja yang dilakukan oleh artis wanita ini sering mendapat perhatian orang ramai khususnya pengikutnya menerusi laman sosial Instagram.

Baru-baru ini pemilik nama Emeelya Elyana Emrizal ini dilihat meluahkan rasa geram di Instagram gara-gara sudah hilang sabar terhadap perangai segelintir pihak yang gemar mengkitik dan mengecam dirinya.

Menerusi entri yang dimuat naik di Insta Story, Elyana yang berang dengan perkara itu meminta kepada golongan yang kurang ajar tersebut agar tidak mengikuti sebarang perkembangannya di laman sosial.

“Kepada binatang-binatang kurang ajar, mohon jangan follow aku. Sebab, ada hari aku boleh sabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar!

“Tapi… Ada hari yang tahap kesabaran aku tak ada langsung! Masa tu kau jangan tanya aku. Oh yes… Aku sakit KANSER. Tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang BIADAB,” tulisnya.


Tambah Elyana lagi, sebagai manusia biasa masing-masing ada tahap kesabaran dan tidak akan pernah lari daripada kesilapan.

“Janganlah kurang ajar sangat… Kita ni semua manusia, sama!!! Kalau rasa nak tunjuk bagus, pergi tunjuk dekat mak bapak kau. Jangan tunjuk dekat aku, tak heran langsung!!! Aku bukan tong gas… Aku pun manusia,” tambahnya.

Memetik sumber, sejak berita mengenai kondisi penyakitnya menjadi viral, masyarakat sering mempersoalkan penampilan Elyana yang masih tampak jelas tidak bertudung.

Bahkan, terdapat juga sesetengah kenyataan yang dilontarkan dilihat agak kasar sehingga mengguris hati meskipun pada dasarnya hanya berniat ingin menegur

Pun begitu, sehingga kini masih belum dapat dipastikan apakah sebab Elyana meluahkan rasa geram itu. Malah, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada tuan empunya badan berhubung isu ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori