Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Solat Jumaat Di 25...

KUALA LUMPUR - Selepas lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak...

50 Orang Awam Terperangkap...

JELEBU: Seramai 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan...

Kehadiran Besar Tapi Rakyat...

PUTRAJAYA - Cubaan pembangkang menggambarkan kehadiran besar pada sesi ceramah mereka sebagai satu...

Kerajaan Tidak Cadang Benar...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kerajaan tidak bercadang...

Ellie Goulding Bercinta Dengan Putera Harry?

KHABAR angin hangat bertebaran mendakwa penyanyi Ellie Goulding kini sedang bercinta dengan anakanda kedua Putera Charles, Putera Harry.

Kemesraan kedua-duanya dalam sebuah acara polo baru-baru ini, menyebabkan banyak pihak membuat spekulasi mereka sedang dilamun asmara.

ellie

 Ketika acara yang diadakan di Berkshire, United Kingdom, kedua-dua mereka dilihat sangat mesra dan bertukar ciuman.

Satu sumber yang rapat dengan Harry, 32; turut mendakwa putera itu pernah mengakui sukakan penyanyi berusia 30 tahun tersebut.

harry1

Sepanjang parti bagi meraikan kejohanan tersebut berlangsung, mata kedua-duanya dikatakan tidak lekang daripada memandang satu sama lain.


Ellie sebelum ini pernah bercinta dengan ahli kumpulan McFly, Dougie Poynter dan penyampai radio Greg James.

Penyanyi yang popular dengan lagu Love Me Like You Do dan Anything Can Happen itu juga sebelum ini diundang mendendangkan lagu ketika majlis perkahwinan diraja kekanda Harry, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton.

Mungkinkah Ellie merupakan wanita ketiga yang berjaya mencuri hati Harry selepas Chelsy Davy dan Cressida Bonas?

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana bagi menjawab gosip tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori