Elfira ‘Sound’ Pengikut Pertikai Isu ‘Show Off’ Di IG

AKHIR-AKHIR ini, status hubungan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus jadi bualan ramai apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pasangan ini sudah putus tunang.

Malah terdapat juga sumber melaporkan, penampilan Sufian yang kelihatan ‘serabut’ serta ‘tidak terurus’ pada acara AJL dan tindakannya yang sering meluahkan rasa sedih melalui laman sosial menguatkan lagi spekulasi itu

Susulan perkara itu, Elfira menerusi salah satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya mengatakan orang luar boleh berspekulasi namun tidak akan pernah mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Pun begitu, Elfira berkata dia tetap memaafkan serta melupakan setiap apa berlaku kerana itu adalah satu ajaran dalam Islam yang mengajar manusia untuk saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan bersifat maaf-memaafkan.

Tindakan Elfira memuat naik entri berkenaan bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen dilihat mempersoal mengapa Elfira yang sebelum ini begitu gemar bercerita atau ‘show off’ berkaitan kisah cintanya tetapi dilihat berdiam diri apabila timbul isu putus tunang.

Enggan berdiam diri, Elfira bertindak membalas komen ditinggalkan oleh salah seorang pemilik akaun dikenali sebagai Syahirah.muha yang dilihat agak keterlaluan.

Sementara itu, meskipun ramai netizen yang mengecam Elfira namun masih terdapat juga segelintir pengikutnya yang meninggalkan komen positif dengan memberi semangat buatnya.

Sehingga kini, perkongsian yang dimuat naik Elfira itu dilihat menerima lebih 40,00o tanda suka dan terus menjadi perhatian ramai netizen khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...