Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Op Pacak Tumpu Kawasan...

KOTA BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memberi tumpuan terhadap kawasan...

Pusat Beli-Belah Disaran Guna...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan kompleks membeli-belah disarankan supaya menggunakan sistem siar raya (PA...

Tikus Gemuk Tersepit Di...

KERANA seekor tikus yang tersepit pada lubang penutup sistem pembentungan di jalan, sepasukan...

Peniaga Tindas Pelanggan, Ini...

PETALING JAYA: Buat para peniaga, khususnya yang berniaga di bazar Ramadan, Ustaz Syamsul...

Elak Virus Perpecahan – Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengingatkan Ahli Dewan Undangan (Adun) negeri itu supaya berganding bahu membantu rakyat yang susah akibat wabak Covid-19, bukannya bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi

“Tindakan sebegini akan melahirkan satu virus yang lebih berbahaya iaitu virus perpecahan.

“Virus ini nampaknya sudah pun menular dalam kalangan pemimpin politik, apabila berlakunya pergolakan dan perebutan kuasa yang merunsingkan rakyat serta menggugat kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negara.

“Mereka yang dijangkiti virus ini akan lupa diri dan tidak akan pedulikan kepentingan rakyat, asalkan mereka dapat apa yang dikejar untuk kepentingan diri sendiri,” titah baginda.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibrahim.


Sultan Ibrahim bertitah, virus itu mudah merebak melalui saluran media sosial yang bebas dengan dibantu oleh ejen media dan ‘cybertrooper’ yang menjadi batu api, membangkitkan isu sensasi untuk menambah api kebencian dalam kalangan pemimpin politik dan rakyat.

“Saya berharap virus perpecahan ini dapat dibendung bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan hidup rakyat yang sudah kita bina sekian lama,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan ahli dewan yang dipilih rakyat supaya menunjukkan teladan yang baik dengan menjaga adab dan tatatertib di dalam dewan berkenaan.

“Biarlah Dewan Undangan Negeri Johor ini menjadi contoh kepada negeri yang lain,” titah baginda. – myMetro Online

Kategori