Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Pekerja Ladang...

BELURAN - Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas...

Dah Gila Ke Apa...

MEMANG gila... Satu rakaman video yang dimuat naik oleh laman Metafora Anafora memaparkan...

Wanita Bogel, Gosok Badan...

SEORANG pelancong wanita telah mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan selepas dia didapati menggesekkan tubuhnya...

Warga Australia Jual Oksigen...

BRISBANE – Sepasang kekasih dari negeri Queensland, Australia mendakwa menjual oksigen tulen dalam...

Elak Perjumpaan Besar-Besaran Pada Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Dr Noor Hisham dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata walaupun situasi COVID-19 di negara ini beransur baik, perjumpaan besar boleh menyebabkan peningkatan kes.

“COVID-19 sekali lagi menahan diri kita daripada menyambut satu lagi perayaan dan perjumpaan semasa Tahun Baharu Cina ini.

“Sama ada kita melakukannya atau memutuskannya semasa perayaan ini bagi mengawal situasi. Tanggungjawab terletak pada bahu semua orang,” katanya.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan mereka yang menyambut perayaan itu supaya berada di rumah dan meraikannya bersama ahli keluarga, dan paling penting melindungi ahli keluarga yang rentan.


“Semoga Tuhan membimbing dan melindungi kita untuk menamatkan pandemik ini pada waktunya. Insya-Allah, semoga tahun lembu emas ini membawa kekuatan kepada kita untuk berhadapan dan mengatasi setiap kesukaran yang dilalui. Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina esok dan Sabtu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, sama seperti sambutan Aidilfitri dan Deepavali tahun lepas. – BERNAMA

Kategori