Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DBKL Benarkan Trak Makanan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan peniaga trak makanan,...

Rang Undang-Undang Anti Keganasan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan...

Perlu Menang Untuk Penyokong...

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap beraksi di laman sendiri...

Eksekutif Jualan Nafi Keluarkan Sijil Diploma Palsu

EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas dakwaan menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil diploma palsu, tahun lalu.

Tertuduh C Vijayakumar, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, C Vijayakumar didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai RM500 ke akaun Public Bank daripada Muhamad Amir Safwan Rusli sebagai upah untuk tertuduh mendapatkan sijil Diploma Pentadbiran Perniagaan sebuah universiti swasta, atas nama Mohd Amirul Hakim Rusdi tanpa mengikut prosedur pembelajaran yang betul.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh jam 4.39 petang, pada 19 Januari 2018 di Public Bank Bhd. Taman Melaka Raya.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana-mana nilai lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan RM5,000 dikenakan dengan seorang penjamin.


Namun, tertuduh yang diwakili Peguam Bela Syed Amirul Syed Edros memohon jaminan rendah kerana tertuduh tidak lagi berkerja dan isterinya sendiri menjadi penjamin.

“Anak guam saya mempunyai banyak lagi pertuduhan lain di Shah Alam dan Kuala Lumpur,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohd Nasir menawarkan tertuduh jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April 2019 (esok) untuk sebutan semula kes.

Beliau mengarahkan sebutan semula kes dipindah ke Mahkamah Shah Alam. – myMetro Online

Kategori