Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perak Raih Dua Pingat...

PARIT BUNTAR – Kecederaan tulang kolar dan lutut kiri tidak melunturkan semangat Fatin...

Penduduk Palestin Di Baitulmuqaddis...

BAITULMUQADDIS - Sejumlah penduduk Palestin merusuh di Baitulmuqaddis Timur di sini kelmarin selepas...

David Beckham Nafi Bakal...

BEKAS bintang bola sepak sensasi, David Beckham menafikan dakwaan bertiup kencang mengatakan dia...

KTMB Digesa Jalin Kerjasama...

BUTTERWORTH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu menjalin kerjasama dengan pihak lain...

Ekonomi Terus Jatuh Tapi Apa PH Buat?

PADAH… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa segera bertindak ekoran laporan terkini Bank Dunia yang menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Institusi antarabangsa itu baru-baru ini membuat unjuran KDNK negara sepanjang tahun ini bakal turun daripada 5.4 peratus kepada 4.9 peratus, dedah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Menerusi kenyataan di ibu negara hari ini, beliau berkata, Bank Dunia menyatakan ia berpunca daripada cara ekonomi negara ditadbir, serta pembatalan dan penangguhan banyak projek utama yang membabitkan dana asing.

Ia merupakan kali kedua unjuran sebegitu dibuat yang mana kali pertamanya ia menaikkan unjuran KDNK negara daripada 5.2 peratus kepada 5.4 peratus sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

“Kegoyahan bursa saham, mata wang ringgit yang merudum, rejim percukaian yang tidak seragam dan ketidaktentuan ekonomi serantau boleh menjerumuskan ekonomi Malaysia ke situasi yang lebih malap.

“Oleh itu, rakyat pasti ingin tahu dan bertanya apakah bentuk ‘stimulus package’ bakal diperkenalkan pada Bajet 2019 dan apakah bentuk sistem penampan yang ada bagi menghadapi isu ekonomi dunia,” kata Shamsul Anuar.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

1. Kerajaan mesti segera bertindak ekoran laporan Bank Dunia yang menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP Malaysia daripada 5.4 peratus kepada 4.9 peratus tahun ini.

2. Pada mesyuaratnya baru-baru ini, Bank Dunia menyatakan ia banyak berpunca daripada cara ekonomi negara ditadbir, serta pembatalan dan penangguhan banyak projek utama yang membabitkan dana asing. Keadaan ini membimbangkan semua pihak.

3. Inilah kali kedua unjuran sebegini dibuat. Kali pertama apabila ia menaikkan unjuran KDNK negara daripada 5.2 peratus kepada 5.4 peratus sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14.

4. Ia bagaimanapun merosot setelah kerajaan baru mengambil keputusan yang kononnya ada kaitan dengan ‘hutang RM1 trilion’ negara, dengan pembatalan projek besar dan penarikan balik banyak tender utama.

5. Keadaan bertambah parah apabila, pengumuman Amundi, firma aset terbesar Britain dan paling berpengaruh di dunia, menyatakan bahawa Malaysia adalah antara beberapa negara yang tidak boleh dipercayai hutang luarnya.

6. Sehingga ini, Putrajaya yang mengharapkan pinjaman dalam bentuk yen dari Jepun, masih samar-samar dengan kedudukan itu apabila Jepun mula berfikir dua kali untuk menghulurkannya.


7. Penarikan keluar dana asing dengan banyak dari syarikat tempatan di Bursa Malaysia, turut mempengaruhi unjuran terbaru Bank Dunia ini.

8. Ketua Ahli Ekonominya bagi Asia-Pasifik, Sudhir Shetty menegaskan walaupun kos pembiayaan negara akan berkurangan dengan banyaknya, masanya amatlah tidak sesuai kerana ekonomi Malaysia masih kuat bergantung kepada kemasukan dana dan pelaburan asing.

9. Kegoyahan bursa saham, matawang ringgit yang merudum, rejim percukaian yang tidak seragam dan ketidaktentuan ekonomi serantau boleh menjerumuskan ekonomi Malaysia ke situasi yang lebih malap.

10. Oleh itu, rakyat pasti ingin tahu dan bertanya apakah bentuk ‘stimulus package’ yang bakal diperkenalkan pada Bajet 2019 dan apakah bentuk sistem penampan yang ada bagi menghadapi isu ekonomi dunia?

11. Dengan susutnya rizab antarabangsa Malaysia daripada US$110 bilion sebelum PRU-14 kepada US$103 bilion minggu lalu, adakah kerajaan akan terus menggunakan helah kemerosotan serantau dan dunia kepada isu ini?

12. Di manakah pakar ekonomi dan strategis pembangunan yang selama ini membantu kerajaan terdahulu meningkatkan kedudukan ekonomi negara?

13. Kita menunggu dengan debaran Bajet 2019 dan langkah-langkah yang bakal diumumkan kerajaan untuk ‘menyahut cabaran’ laporan Bank Dunia, Amundi dan agensi antarabangsa yang lain.

14. KDNK negara hampir mencapai 5.9 peratus tahun lalu berbanding 4.2 peratus tahun sebelumnya. Apakah kerajaan mampu mencapai tahap ini?

15. Dalam keadaan ini, Menteri Kewangan mesti mempunyai keupayaan menanggani situasi ekonomi negara sekarang. Kita bimbang oleh kerana kesannya secara langsung akan kepada rakyat, maka saya harap Menteri Kewangan menumpukan tanggungjawabnya menyelesaikan isu melibatkan ekonomi yang dihadapi negara sekarang.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Lenggong

Kategori