Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isteri Kesal Suami Dah...

KEPALA BATAS - “Patutlah tunggu tak balik-balik, rupanya ikut perangai orang muda.” Itu...

Rumah Terbuka Deepavali MIC...

KUALA LUMPUR - MIC akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan Deepavali di...

Video: Cara Pelayan Starbucks...

VIDEO seorang wanita bisu dan pekak yang cuba membeli minuman Starbucks menggunakan laluan...

Lelaki Bunuh Kekasih Kerana...

London - Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya apabila memijak kepala kekasihnya...

Ejen Pungutan Zakat Dinasihat Ikut Sempadan Ditetap

PUTRAJAYA – Ejen atau institusi pungutan zakat di setiap negeri dinasihatkan mengikuti peraturan dan undang-undang untuk tidak melangkaui kawasan sempadan pungutan zakat masing-masing, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Ahmad Shukri Yusoff.

Beliau berkata kuasa pungutan zakat adalah mengikut sempadan kawasan di setiap negeri di bawah kuasa sultan masing-masing yang seharusnya tidak dicerobohi bagi mengelakkan pertindihan dari segi hukum syarak dan perundangan.

Isu berkenaan penting untuk diuar-uarkan kepada masyarakat agar tidak berulang di masa hadapan, katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018 di sini hari ini..

Selain itu, Ahmad Shukri turut menegur netizen yang sering berkongsi maklumat kurang tepat di media sosial mengenai agihan zakat kepada pihak yang memerlukan yang sering memberi gambaran kurang baik kepada institusi yang menguruskan pengagihan zakat.

“Kadang-kala isu agihan zakat yang tular tidak mempunyai fakta yang tepat namun kita tidak menafikan terdapat kelemahan dari pihak institusi zakat yang mana kita juga sedang berusaha untuk memperkemaskan dari segi peraturan dan pelaksanaannya,”katanya.


Katanya terdapat berita yang tular di media atau media sosial yang menyatakan sesetengah individu yang kurang bernasib baik tidak mendapat bantuan zakat dan menyalahkan pusat pungutan zakat kerana tidak memberi perhatian kepada golongan tersebut.

“Namun apabila disemak Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri-Negeri, individu tersebut telah pun menjadi penerima bantuan zakat,”katanya sambil menambah orang ramai yang mempunyai pengetahuan mengenai sesiapa yang perlukan bantuan zakat boleh menghubungi pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing. –BERNAMA

Kategori