Ejen Ali Dapat Respon Positif Masyarakat, Kutipan Tinggi

KUALA LUMPUR – Filem Ejen Ali The Movie mendapat sambutan luar biasa sejak ia mula ditayangkan di pawagam-pawagam dalam dan luar negara.

Bukti paling nyata adalah dari segi kutipan tiket yang amat tinggi yakni RM6.4 juta hanya selepas tiga hari penayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sebenarnya, kehebatan filem itu telah dapat diagak apabila trending di Twitter pada hari pertama ia mula ditayangkan.

Komen rata-rata yang menontonnya pula amat positif.

Malah dalam satu pengundian yang dibuat secara sukarela dan bebas oleh Mynewshub, seramai 76% daripada 12,000 responden memilih Ejen Ali The Movie sebagai lebih ‘best’ berbanding filem saingan terdekatnya.

Secara umum, mereka suka dengan jalan cerita dan kualiti animasi yang digunakan.

“Aku rasa okay sangat la kalau aku yang dah tua ni pun suka tengok,” kata rakan admin yang berkesempatan mengikuti pratonton filem berkenaan atas jemputan Primeworks Studios kepada pada wartawan minggu lalu.

Memandangkan ia telah trending secara positif, menerima kutipan tiket yang amat tinggi, menerima komen-komen positif, mendahalui pengundian dalam talian, maka di kalangan anda yang sedang menimbang hendak menonton cerita apa minggu ini, mungkin boleh memilih Ejen Ali The Movie.

Admin yakin anda tidak akan kecewa.

Now, admin pun teruja nak pergi tengok. Siapa nak temankan? – Mynewshub.TV

Loading...