Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

INTERPOL Enggan Ulas Notis...

KUALA LUMPUR - Polis Antarabangsa (INTERPOL) enggan mengulas berhubung laporan agensi itu mengeluarkan...

Bomba Perlu Sebulan Periksa...

CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi...

3 Beranak Maut Selepas...

BACHOK - Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas...

Tragedi Tahfiz: Dua Pelajar...

BUKIT MERTAJAM - Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat...

Pemantau Rasuah Mahu ‘Pendedahan’ Edisi Siasat Disiasat

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan bebas terhadap dakwaan yang dibuat oleh pemberi maklumat yang dikenali sebagai “Edisi Siasat”.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pusat C4 berkata dakwaan yang dibuat akaun media sosial itu adalah “mengejutkan”, membabitkan pegawai tertinggi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Badan pemantau rasuah itu berkata, Edisi Siasat mendedahkan perbuatan rasuah di tahap tertinggi dan sekiranya benar, ia boleh mengancam keselamatan negara.

“Ini mengingatkan bahawa bekas ketua polis negara (IGP), Hamid Bador, telah memberi amaran tentang kartel dan tahap rasuah yang tinggi dalam pasukan polis apabila beliau bersara pada akhir tahun lepas.

“IGP sekarang tidak banyak bercakap mengenai sebarang siasatan mengenai dakwaan sedemikian. Tiada siapa yang dinamakan atau didakwa kerana salah guna kuasa dan rasuah dan terus terlepas dari hukuman,” kata Pusat C4.

Edisi Siasat merujuk kepada akaun Twitter yang aktif sejak September lalu dan sering memaparkan dokumen yang didakwanya sebagai bukti rasuah dalam kalangan pegawai tertinggi SPRM dan polis.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat minggu lalu bahawa pihak berkuasa sedang meneliti dakwaan itu tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani hari ini berkata, kebanyakan dakwaan yang dibuat Edisi Siasat sengaja diada-adakan.

Memetik laporan Bernama, Acryl Sani berkata sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka dan polis sedang berusaha untuk mengenal pasti individu di sebalik akaun media sosial tersebut.

Acryl berkata dakwaan melibatkan PDRM diserah kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, untuk disemak kebenarannya.

Wan Kamaruddin: Edisi Siasat & Apa Kejadahnya!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori