Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Tiga Suspek...

TAWAU - Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah curi dan pecah...

UiTM Terus Kekal Untuk...

KEKAL... Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan tetap mengekalkan dasar kemasukan pelajarnya untuk Bumiputera...

Lima Tahun Pasca Gempa...

PADA Jumaat, 11 Mac 2016, Jepun memperingati ulang tahun kelima tragedi gempa bumi...

Polis Nafi Tahan Pasangan...

SHAH ALAM - Polis menafikan telah menahan pasangan suami isteri yang disyaki mengedar...

Eden Terima RM16.7 Juta Pampasan Dari Kerajaan

KUALA LUMPUR – Eden Inc Bhd. mengesahkan telah menerima pampasan bernilai RM16.71 juta daripada kerajaan Malaysia susulan pelupusan tanah milik syarikat tersebut di Kuantan, Pahang bagi tujuan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Eden berkata, tanah perindustrian seluas 6.39 hektar di Mukim Sungai Karang itu telah diambil alih oleh Malaysia Rail Sdn. Bhd. (MRLSB) yang dilantik sebagai pemilik aset dan projek ECRL.

MRLSB adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

“Pelupusan wajib tanah tersebut adalah hasil daripada satu notis yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah mengikut Seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah 1960,” kata kenyataan tersebut.

Eden menerima pampasan bernilai RM16.71 juta selepas menerima notis penganugerahan pampasan bertarikh 7 Januari 2020 daripada kerajaan.


Menurut Eden, tanah berkenaan dicaj kepada RHB Islamic Bank Bhd. bagi kemudahan pinjaman ijarah yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Dengan itu, pampasan tersebut dibayar sepenuhnya kepada bank berkenaan bersama dokumen-dokumen caj yang mana hasil akan digunakan untuk mengurangkan baki pinjaman Ijarah tersebut. – MalaysiaGazette

Kategori